Thursday, December 10, 2009

Pachai Manjal Sivappu! (PMS!)

Hi,

Genius Parade Films, is now working on its New-action flick, PACHAI MANJAL SIVAPPU! (PMS!). ITS GONNA BE DIRECTED BY M.SUBASH MANNAAN. Previously directed Pensil and Jomlah C.I.U.M! This so called "Art-Man" is now taking a step closer to "Commercial-film".

PMS! is also gonna be a 2010 Deepavali release. It has 4 songs as OST. Will be released one at a time from January 2010 onwards. The songs will be sung by M.Subash himself and artist such as, DARKKEY, THILA, SHAMINI will be featuring in this OST & JAY WILL ME THE MUSIC DIRECTOR.

The producer M.SUURYA is excited as he will be the LEAD in PMS! After his Pensil, Maruthani, and Jomlah CIUM! was well received by film festivals local & internationally, This young Chap, is now venturing into something serious.

thank u.

Wednesday, July 29, 2009

Komen www.JomWayang.com!!!

Ade sesiape yang tak kenal M. Subash Abdullah? Seorang penggiat seni yg sangat aktif. Sape yg tengok muvie PENSIL before this, konfem tersentuh dengan lakonan dia ni. Bermula dengan Pensil dan kemudiannya Syirik, Subash bersama penerbit, M Surenthar, terus bekerjasama untuk menghasilkan pula Jomlah C.I.U.M (Carilah Identiti Untuk Malaysia)! Bukan cium yang tu tau..Hehee..

Jomlah c.i.u.m berbeza dengan filem kedua Mannan Subash Abdullah atau M Subash, 39, selepas Pensil. Dalam Jomlah c.i.u.m, dia merupakan, pengarah, penerbit dan juga pelakon utama (filem2 dia yg lain pun dia blakon jugak).

Agama memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian rakyat di seluruh dunia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, adalah molek jika wujud kerjasama dan kefahaman yang jitu antara penganut pelbagai agama ini.

Menyedari hakikat ini, Jomlah C.I.U.M! singkatan Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia, akan menyedarkan korang betapa pentingnya perpaduan agama dikalangan rakyat pelbagai bangsa untuk melahirkan sebuah Negara yang bersatu dan mampu dijadikan Negara contoh oleh seluruh dunia.

Jomlah C.I.U.M! bakal ditayangkan di panggung wayang tempatan bermula 23 Julai. Selain Subash sendiri, filem terbabit turut dijayakan Ibrahim Mat Isa, Kenchana Dewi, Maimunah Ahmad dan Wahi Aziz.


Ustaz Ibrahim, ustaz buta yang berdakwah sehingga ke dalam Filem.

Summary
Filem ini mengisahkan usaha seorang Ustaz untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, Ustaz berpendapat hanya dengan agama, segala masalah sosial dapat diatasi.

Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, Ustaz tu pun bercadang untuk mendapatkan bantuan kewangan dari orang ramai. Ustaz merasa terharu yang amat sangat apabila mendapat berita seorang Sami Buddha dan seorang Paderi Kristian sanggup menolong Ustaz untuk bina surau tersebut demi menerapkan kepentingan agama kepada masyarakat.

Cerita ini juga mengisahkan seorang sami yang menunggu maut dek terkena penyakit barah, cuba menyebarkan fahaman kasih sayang sesama insan, manakala seorang rahib Kristian pula membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan belajar dan mencari masa depan lebih sempurna.

Dipercayai filem ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan agama untuk mencapai wawasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)
Jomlah C.I.U.M dimaksudkan Subash ialah Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia. bukan cium yang korang fikirkan tu. Memang tajuk filem ni bleh mendatangkan kontroversi pun.=p
Seperti Pensil, Subash masih menerapkan isu keagamaan dalam filem ini.

Perkara menarik dalam filem ini adalah pelakon utamanya yang membawakan watak ustaz, Ibrahim Mat Isa, 49, adalah golongan kurang upaya (OKU) yang mengambil saorang anak angkat yang sebelumnya adalah penagih dadah. start dari situlah, ustaz mahu mendirikan surau untuk promote nilai-nilai keagamaan bagi menghalang kegiatan tidak bermoral di kampungnya. Usaha ustaz berkenaan mendapat simpati paderi dan sami di kampungnya. Atas sikap saling membantu tidak mengira bangsa dan agama, sami dan paderi itu menghulurkan sumbangan membina surau. Terdapat juga babak sami bersembahyang di kuil, babak bekas penagih mengerjakan solat buat kali pertama dan babak rahib meniup buih sabun dengan kanak-kanak perempuan di dalam filem ni. Pengakhiran cerita juga berkesudahan dengan baik. Cukup menarik dan penuh dengan mesej.

Cuma terdapat kekurangan dari segi kualiti pengambaran. Yela..budget pun cikit.

Bagi peminat filem yang mencari-cari sebuah karya yang berkualiti dari segi penceritaan dan mempunyai citarasa bagi tema 'kemasyarakatan’, maka filem Jomlah C.I.U.M harus ditonton oleh semua tidak kira agama, budaya dan warna kulit kerana filem ini adalah untuk semua.

Wayang yang menelan kos RM200,000 ini dapat anda saksikan di panggung-panggung wayang tempatan mulai 23 Julai ini.

Pandangan Kitaorg
Wayang ni mempunyai jalan cerita yang menarik, penyampaian mesej yang berkesan, dan pengisian yang padat. Berdasarkan filem pensil sebelum ni, aku pasti mesej yang disampaikan dapat mendatangkan kesan mendalam kepada penuntun dan juga dapat menyentuh perasaan dalaman korang baik lelaki mahupun perempuan. Elemen perpaduan amat perlu dititkberatkan oleh penggiat-penggiat filem tempatan, bukan hanya berkisar mengenai masalah sosial remaja jer. (macam formal plak ayat nih)

So, tak rugi tengok wayang ni walaupun budgetnyer hanye RM200,000. Tapi, jalan citer sarat dengan mesej dan dapat memupuk budaya kemasyarakatan dan juga perpaduan selaras dengan matlamat 1Malaysia. Kepada semua peminat FILEM malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem ni. Jom wayang!=)

Saturday, July 25, 2009

Jomlah C.I.U.M, Filem Politik Ke arah Kerajaan Perpaduan?

Sunday, June 14, 2009

Manaan Subash, pengarahnya..

FILEM 'Jomlah C.I.U.M', adakah filem adegan bercium? Sebenarnya Jomlah C.I.U.M adalah singkatan untuk Jomlah.... Cari Identiti Untuk Malaysia, filem yang cuba mengupas keindahan tiga agama yang dianuti rakyat negara ini iaitu Islam, Buddha dan Kristian. Filem yang sarat dengan semua ajaran agama ke arah menyatupadukan rakyat negara ini.

Begini kisahnya..

Seorang ustaz buta berusaha membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, ustaz berpendapat ajaran agama dapat menyelesaikan masalah sosial seperti penagihan dadah dan samseng jalanan. Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, ustaz tersebut melekat poster dan mengedarkan risalah untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai. Dia merasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (pengarah muda Manaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolong ustaz untuk membina surau tersebut.

Filem Genius Parade itu merupakan karya ketiga produksi kecil itu selepas filem "Pensil" dan "Syirik". Penggambaran dijalankan di sekitar Hulu Langat, Semenyih dan Kuala Lumpur selama empat hari ini. M. Subash pengarahnya memberitahu, filem itu menelan kos pembikinan berjumlah RM200,000-RM250,000 itu dan ia akan ditayangkan mulai 23 Julai ini.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan pelakon Cina dan bangsa lain dalam filem itu dan hanya penampilan pelakon berbangsa Melayu dan India, beliau menjelaskan, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana bangsa Malaysia tidak diklasifikasikan mengikut kaum. "Boleh saya katakan hala tuju filem syarikat adalah menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum," katanya.

Apa yang lebih penting, katanya, filem itu yang sarat dengan semua ajaran agama dapat menyatupadukan rakyat negara ini. "Bila kita berkata tentang Malaysia, apakah sebenarnya identiti rakyat negara ini? Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. "Objektif utama filem ini adalah untuk memahami Malaysia... selari dengan aspirasi '1Malaysia' slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," jelas Subash.

Subash juga mempersoalkan samada rakyat Malaysia hipokrit dan di manakah hala tuju kita? Filem ini, kata Subash, mungkin berjaya membantu kita memahami jiwa kita sebagai rakyat Malaysia. "Filem ini sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan rakyat menerusi agama untuk mencapai 1 Malaysia," katanya pada majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor semalam.

Filem tersebut diberi judul komersial sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai. Hadir sama ialah penerbit GP Sdn. Bhd. Surenthar dan barisan pelakon seperti Ibrahim Mat Isa sebagai ustaz, Hajah Maimunah Ahmad (Nenek), Wahi Aziz (cucu Nenek), Kenchana Devi (Rahib Kristian) dan M. Subash (Sami Buddha).

Apa istimewa filem itu? Pengarah muda GB Sdn Bhd, M. Subash itu adalah yang juga merupakan saudara baru. Sebelum bergelar saudara baru, M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah. Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu. Akhirnya, pada 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Maknanya dia menghayati apa yang dia ilusikan dalam filem.. seolah-olah filem-filem sebelumnya adalah catatan dairi dalam kehidupannya. Dia juga mempersoalkan samada rakyat Malaysia hipokrit dan di manakah hala tuju kita?

Ertinya dia mempunyai visi Islam yang jauh. Visi perpaduan di Malaysia yang berbagai kaum melalui agama Islam. Mungkin sebab itu, walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu. "Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M.

Ustaz Ibrahim berdakwah.. hingga ke dalam filem.

Menariknya lagi, dalam filem itu, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya. Ustaz yang betul-betul berdakwah itu... Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam. Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya. Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah filem ini tidak secara langsung memaparkan kisah politik Malaysia ke arah Kerajaan Perpaduan yang ingin meletakkan Islam sebagai asas perpaduan??
(Pelbagai sumber, dll/AK)

Sunday, June 28, 2009

'Jomlah C.I.U.M' Mencari Identiti Malaysia...by Syaliza Shapiansuri

Selepas mengarah dua filem, ‘Pensil’ dan ‘Syirik’, pengarah baru yang mula menempatkan nama dalam dunia perfileman tempatan, Mannan Subash Abdullah atau M Subash tampil dengan filem barunya, ‘Jomlah C.I.U.M’ yang membawa mesej perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas filem pertamanya, ‘Pensil’ gagal menarik peminat panggung datang menonton, Subash tidak pernah merasa kecewa malah terus ligat menghasilkan dua filem sekaligus dalam tempoh tidak sampai setahun.

‘Jomlah C.I.U.M’ membawa maksud ‘Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia’ mengandungi nilai-nilai keagamaan dan kemasyarakatan yang begitu tinggi diadun Subash melalui penilaiannya terhadap budaya serta cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Melalui pemerhatian saya, Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai keunikan tersendiri. Kemasyarakatan serta keagamaan begitu tinggi nilainya, jika tidak masakan kita dapat hidup dalam sebuah negara dengan pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya ketika majlis pra-tonton filem itu di Finas.



Bersama M Surenthar, rakan dan pemilik Genius Parade Sdn Bhd (GPSB), syarikat yang menerbitkan kesemua filem arahannya, baik Subash atau Surenthar, percaya air tangan mereka akan mendapat tempat di kalangan penonton sinema tempatan.

“GPSB percaya, penerbitan filem bukan sekadar meraih keuntungan, sebaliknya kami lebih gembira andai mesej yang dipaparkan memberi kesan kepada penonton,” kata Surenthar.

Pendapat Surenthar itu disokong kuat Subash yang terus mengarahkan filem-filem bercorak kemanusiaan pada masa akan datang. Malah lelaki berketurunan India ini tidak pernah kecewa andai pilihannya itu membuatkan dia kurang popular di kalangan peminat filem arus perdana.

“Sekiranya tiada siapa yang berani mengetengahkan filem-filem bercorak begini, satu hari nanti tidak ada lagi penonton yang akan menghargai mutu filem-filem kemanusiaan. Paling menakutkan saya apabila penonton layar lebar pada masa akan datang hanya akan berminat dengan filem-filem komersil,” tambah Subash.



Filem ini, mengisahkan seorang ustaz cacat penglihatan yang ingin membina surau untuk kegunaan penduduk setempat beribadat dan menuntut ilmu agama. Hasrat ustaz itu mendapat perhatian seorang sami yang sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan membuat amal. Dalam masa sama, seorang rahib turut memberi sumbangan dalam memastikan impian ustaz itu terlaksana.

Selaku pengarah ‘Jomlah C.I.U.M’, Subash mempunyai harapan tinggi agar filem ketiganya itu bakal mendapat tempat di festival filem dalam dan luar negara. Tidak mensasarkan penonton arus perdana, filem ini hanya akan ditayangkan di panggung antarabangsa di empat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) sekitar Lembah Klang, bermula 23 Julai ini.

Sejak pertama kali mengarahkan filem, pemilihan pelakon kurang popular menjadi trend M Subash kerana dia mempunyai prinsip setiap pelakon mempunyai bakat lakonannya tersendiri. Jadi tidak hairanlah andai ‘Jomlah C.I.U.M’ banyak dibintangi pelakon baru.

Pertama kali berlakon
Bagi pelakon utama ‘Jomlah C.I.UM’, Ibrahim Mat Isa, dia sedikitpun tidak kekok ketika melakonkan watak ustaz buta kerana setiap dialog yang dituturkan adalah perbualan hariannya.

“Mannan (Subash) datang memberitahu hasratnya dan minta kerjasama daripada saya. Awalnya saya menolak kerana memikirkan kesukaran membaca skrip. Apabila Mannan memberitahu tiada skrip diperlukan dan saya hanya perlu bercakap seperti biasa, barulah saya menerima tawarannya,” kata Ibrahim yang kini menjadi tukang urut di sekitar Kajang.



Bagi Wahi Aziz, seorang wartawan, peluang bekerja bersama Subash dianggapnya sebagai peluang untuk mengenali lelaki yang dikenali melalui filem ‘Pensil’ itu.

“Sebagai wartawan, selama ini saya hanya melihat dari sudut seorang penonton bagaimana sesebuah filem dipersembahkan. Apabila Subash memberi peluang untuk berlakon dalam filem ini, saya menganggapnya sebagai peluang untuk merasai sendiri kerja-kerja perfileman,” katanya yang memegang watak penagih dadah yang kemudiannya menjadi anak angkat ustaz.




‘Jomlah C.I.U.M’ mempunyai idea menarik untuk diketengahkan, walau bagaimanapun ada beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan sepatutnya Subash lebih peka sejak awal.

Perjalanan filem ini boleh dikatakan membosankan apabila terlalu banyak babak panjang dan meleret. Olahan skrip juga sangat lemah apabila percanggahan dialog antara penagih dadah dan neneknya begitu ketara serta dialog beberapa pelakonnya yang tidak natural.

Selain Ibrahim dan Wahi, ‘Jomlah C.I.U.M’ turut dibintangi Subash, Kenchana Dewi dan pelakon veteran, Maimunah Ahmad.

BUDIEY.COM...tentang filem Jomlah C.I.U.M!

Tidak dapat disangkal bahawa, agama memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian rakyat seluruh dunia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, adalah moleh jika wujud kerjasama dan kefahaman yang jitu antara penganut pelbagai agama ini.

Menyedari hakikat ini, Jomlah C.I.U.M! adalah singkatan Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia, menyedarkan penonton akan pentingnya perpaduan agama dikalangan rakyat pelbagai bangsa untuk menelurkan sebuah Negara yang bersatu dan mampu dijadikan Negara contoh untuk seluruh dunia.

Filem ini mengisahkan usaha seorang Ustaz untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, Ustaz berpendapat hanya dengan agama, segala masalah social dapat diatasi.

Oleh kerana menghadapi masalah kewangan,m Si-Ustaz bercadang untuk mendapatkan bantuan kewangan dari orang ramai. Ustaz terasa terharu apabila mendapat berita bahawa seorang Sami Buddha dan seorang Paderi Kristian, sanggup menolong Si-Ustaz untuk membina surau tersebut.

Dipercayai filem ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan agam untuk mencapai 1 Malaysia…


RENBASH ENTERTAINMENT

Salam Sejahtera kepada semua...

Kami, M.Subash Abdullah dan Surenthar (RenBash), kini telah menubuhkan sebuah cabang "Event Management", iaitu RenBash Ent. Ia merupakan sebuah syarikat baru di bawah Genius Parade S/B dan akan beroperasi untuk bahagian perkhidmatan, persembahan, makanan, video recording, PA system, still photographing dan sebagainya...

Sila Hubungi RenBash di...
0166298025
0173612725
gpbash@yahoo.com

Sekian Terima Kasih...

Saturday, June 20, 2009

FILEM KECIL BERJIWA BESAR...Berita Harian

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

DARI kiri; Subash, Surenthar sebagai pengarah, Ibrahim dan Maimunah yang menjadi teraju utama Jomlah C.I.U.M!

Jomlah C.I.U.M buah tangan terbaru Genius Parade temui penonton 23 Julai

DEMI minatnya yang mendalam dalam penghasilan filem yang beridentiti Malaysia dengan rakyatnya yang kaya dengan nilai hidup mulia, M Subash menerusi syarikat produksi Genius Parade Sdn Bhd terus menghasilkan filem kecil berjiwa besar.

Bermula dengan Pensil dan kemudiannya Syirik, Subash bersama penerbit, M Surenthar, terus bekerjasama untuk menghasilkan pula Jomlah C.I.U.M (Carilah Identiti Untuk Malaysia)! yang baru saja dipertontonkan kepada wakil media dan sebilangan pelajar di Kompleks Finas, baru-baru ini.

Difahamkan, mereka berdua sebenarnya sudah mempunyai sebuah lagi filem, berjudul Mannaan, untuk tayangan seterusnya selepas ini.

Jomlah C.I.U.M! bakal ditayangkan di empat panggung antarabangsa GSC bermula 23 Julai. Selain Subash sendiri, filem terbabit turut dijayakan Ibrahim Mat Isa, Kenchana Dewi, Maimunah Ahmad dan Wahi Aziz.

Menerusi filem terbaru itu, niat murni pengarah dan pelakon berbakat ini harus dipuji. Dia memperjuangkan filem Malaysia dengan acuan sendiri, yang bertunjangkan nilai hidup bangsa Malaysia yang tinggi. Penggiat seni ini tidak mahu menjadikan filem Barat yang bersifat komersial sebagai kiblat, lalu menekankan kepada nilai budaya Timur dalam setiap produknya.

Kali ini, Subash cuba bermain dengan topik agama, di mana tiga watak dan cerita berbeza sebenarnya bersatu dalam mengajak masyarakat hidup dengan penuh kasih sayang serta bersatu padu. Agama, bagi lelaki keturunan India yang baru saja memeluk Islam ini, bukan penghalang untuk penganutnya membantu antara satu sama lain, sebaliknya ia bisa menjadi pencetus kasih sayang sesama manusia.

Telahan Subash, Malaysia cukup bertuah kerana dihuni rakyat pelbagai bangsa dan agama. Kelebihan itu seharusnya dipertaruhkan untuk mencipta satu masyarakat saling menyayangi, berpandukan ajaran agama masing-masing. Dengan institusi agama juga, permasalahan sosial dapat diatasi.

Jomlah C.I.U.M! bercerita mengenai seorang ustaz cacat penglihatan yang menjadi tempat penduduk sekitar meminta tolong. Dia berpegang kepada fahaman, agama mampu mengubah masyarakat menjadi lebih baik. Lalu, impiannya adalah untuk membina surau agar kebaikan itu lebih mudah diperoleh.

Di sudut lain, seorang sami yang menunggu maut dek penyakit barah, cuba menyebarkan fahaman kasih sayang sesama insan, manakala seorang rahib Kristian pula membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan belajar dan mencari masa depan lebih sempurna.

Cita-cita ustaz tadi menarik kedua-duanya untuk turut membantu, walaupun pegangan agama mereka cukup berbeza. Mungkin nampak agak janggal pada satu sisi, tetapi Subash menyatakan, ia sesuatu yang tidak mustahil.

Tidak mahu mengusik tema yang sudah semestinya begitu baik, namun sedikit masalah tetap ada pada cara pembikinannya. Pada ketika jalan cerita sudah pun kelihatan, sayangnya ia dirasa sedikit mendatar, tanpa ada sedikit pun konflik yang umpamanya mampu menghalang niat suci tiga watak tadi daripada direalisasi.

Begitu juga wujud beberapa babak agak panjang dan meleret. Alangkah baiknya jika babak itu dipendekkan, supaya perjalanan cerita tampak lebih pantas dan kemas. Tidak semestinya filem yang panjang itu lebih baik kerana gaya penyampaiannya juga perlu dititikberatkan sekali.

Babak sami bersembahyang di kuil, babak bekas penagih mengerjakan solat buat kali pertama dan babak rahib meniup buih sabun dengan kanak-kanak perempuan memang meleret. Lebih manis rasanya jika ia disunting sedikit. Namun, kata Subash, dia mahu penonton sama-sama menghayatinya tatkala babak terbabit diputarkan di layar. Atas alasan itu, dia mahukan adegan berkenaan mempunyai durasi agak lama.

Berlaku juga pengulangan babak yang sebenarnya boleh digambarkan dalam sekali dua saja. Sami yang batuk dalam lima atau enam babak, kelihatan seperti diulang-ulang dengan sengaja, sedangkan penonton sudah tahu, nyawanya tidak panjang apabila kali pertama dia dipaparkan mengalami sakit batuk berdarah.

Subash juga tidak perlu mewujudkan babak di mana watak menuturkan mesej secara terang-terangan. Penonton sudah disogokkan dengan begitu banyak babak yang memberikan pesanan sedemikian. Lalu, penambahan babak seperti si ustaz menegur perbuatan ibu bapa mengabaikan anak di rumah kelihatan seperti program pendidikan televisyen saja.

Begitupun, pujian harus diberikan kepada pelakon yang menjayakan watak ustaz, Ibrahim, 49, yang kini mengusahakan pusat urut di Kajang. Pertama kali berlakon, persembahannya cukup bersahaja. Tidak ada lakonan berlebihan, tidak juga nampak kaku, sebaliknya Ibrahim menuturkan dialog sebagaimana dia bercakap di luar sana.

"Apabila Subash datang berjumpa, saya tidak tahu pun siapa dia sebenarnya. Dia memperkenalkan diri sebagai pembikin filem. Ketika dia menceritakan hajatnya untuk menghasilkan filem yang berunsur keagamaan, kemasyarakatan dan kasih sayang, saya cukup gembiralah.

"Saya sendiri sedia memberikan kerjasama, tanpa mengetahui pun saya juga kena berlakon. Ingatkan, mereka perlukan nasihat dalam bab keagamaan saja, maklumlah saya juga pernah mengajar di sekolah rakyat, selain mengajar di surau. Apabila dia membawakan skrip, barulah saya tahu saya juga perlu berlakon. Saya bersetuju berlakon dalam filemnya dengan satu matlamat, agar ia sedikit sebanyak dapat menyatukan hati masyarakat kita.

"Saya mendoakan agar Tuhan membuka hati kita semua manusia kerana asalnya kita adalah daripada punca yang satu saja, iaitu Nabi Adam," kata Ibrahim yang diberikan kebebasan untuk menuturkan dialognya, asalkan kena dengan kehendak cerita.

Jomlah C.I.U.M yang dirakam menggunakan teknologi definisi tinggi dan membabitkan perbelanjaan keseluruhan sekitar RM250,000 akan diedarkan sendiri Genius Parade.

Wednesday, June 17, 2009

ORANG BUTA PELAKON UTAMA JOMLAH C.I.U.M...Harian Metro

Oleh Ahmad Shazwan Md Yusof

Namun, ia berbeza dengan filem kedua Mannan Subash Abdullah atau M Subash, 39, selepas Pensil.

Jomlah C.I.U.M dimaksudkan Subash ialah Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia.

Seperti Pensil, Subash masih menerapkan isu keagamaan dalam filem ini.

Cerita berkisar kehidupan ustaz buta mengambil anak angkat yang sebelumnya adalah penagih dadah. Bermula daripada itu, ustaz mahu mendirikan surau bagi menghalang kegiatan tidak bermoral di kampungnya.

Usaha ustaz berkenaan mendapat simpati paderi dan sami di kampungnya. Atas sikap saling membantu tidak mengira bangsa dan agama, sami dan paderi itu menghulurkan sumbangan membina surau.

Kesudahan cerita menelan kos RM200,000 ini dapat anda saksikan di panggung Golden Screen Cinema (GSC) mulai 23 Julai ini.

Menurut Subash, filem berkenaan membawakan mesej perpaduan sesuai dengan slogan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, filem masa kini kebanyakannya tidak melambangkan identiti Malaysia kerana tidak membabitkan pelbagai kaum untuk menunjukkan perpaduan.

“Filem ini bukan tertumpu kepada perkataan cium. Apa yang cuba kita tekankan di sini cium dengan definisi merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kita tidak mahu slogan yang dibawakan seperti ‘datang dan pergi.’ Tiada memberi kesan kepada masyarakat. Kalau boleh, kita mahu rakyat Malaysia semua bersatu padu seperti yang ditunjukkan dalam filem ini,” katanya.

Filem terbitan Genius Parade Sdn Bhd ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Ini termasuk praproduksi selama seminggu, produksi (tiga hari) dan suntingan (dua minggu).

Subash berkata, sumber kewangan yang terbatas memaksanya menayangkan filem dalam format digital seperti filem Oscar, Slumdog Millionaire.

Filem berkenaan hanya akan dicetak untuk menyertai festival.

Subash mengolah sudut pemikirannya di mana wujud persoalan mengenai apakah filem sebenar dan apakah wayang?

Menurutnya, terdapat perbezaan ketara antaranya. Contohnya, filem sebenar merangkumi segala aspek diperlukan dalam perfileman seperti mis-on-scene (apa yang kita lihat di skrin), naratif, cara penyampaian dan sebagainya.

Ia jauh berbeza dengan wayang seperti yang kita sedia maklum hanya mementingkan nilai komersial sehingga terlupa nilai seni yang patut ditonjolkan.

Namun begitu, Subash mengakui pasaran kini menuntut wayang lebih daripada filem sebenar. Ini kerana nilai komersial membantu pengkarya memperoleh keuntungan.

Dia turut menghasilkan filem komersial untuk mendapatkan modal bagi menghasilkan cereka yang lebih punyai nilai estetika seperti Pensil dan Jomlah C.I.U.M.

“Kita hasilkan filem ini bukan untuk keuntungan. Kita hasilkan untuk kepuasan kita berkarya. Justeru, filem ini tidak boleh disamakan dengan filem komersial lain kerana ini adalah karya seni.

“Sama seperti Pensil, Jomlah C.I.U.M kami hasilkan untuk menyertai festival di seluruh dunia. Kita mahu masyarakat antarabangsa tahu orang Malaysia mampu hasilkan filem setanding filem mereka,” katanya.

Perkara menarik dalam filem ini adalah pelakon utamanya yang membawakan watak ustaz, Ibrahim Mat Isa, 49, adalah golongan kurang upaya (OKU).

Ini secara tidak langsung membuktikan OKU tidak diabaikan di negara kita.

Bagi Ibrahim meskipun tidak mampu melihat keindahan dunia, namun ia tidak menghalang dirinya daripada melakonkan watak utama filem berkenaan.

“Mannan datang ke rumah saya pada tahun lalu dan memperkenalkan dirinya sebagai pengarah filem Pensil. Saya sebenarnya tidak menonton filem atau drama kerana keupayaan membataskan saya. Dia bercerita segalanya mengenai wayang dan saya mengiyakan saja.

“Akhirnya, dia memberikan skrip kepada saya dan menawarkan watak utama kepada saya. Saya mulanya menolak, tetapi akur kerana menganggap ini kurniaan Tuhan kepada saya,” katanya.

Bekas guru agama, Ibrahim kini mengajar dan memberi ceramah agama di masjid berkata, skrip yang diberikan tidak mampu dihafal, tetapi Subash menyuruh dia menggunakan ayat sendiri setelah diterangkan babak yang akan dilakonkannya.

Tambah Ibrahim, ini secara tidak langsung menampakkan dialog yang semula jadi lakonan.

Filem Jomlah C.I.U.M membariskan pelakon baru dan lama seperti wartawan hiburan Cinema Online, Wahi Aziz, Maimunah Ahmad dan Subash sendiri.

Friday, June 12, 2009

'Jomlah C.I.U.M.... filem berjiwa Malaysia?...http://amyikram.blogspot.com/

Mendengar sahaja tajuk 'Jomlah C.I.U.M', barangkali terlintas difikiran anda, apakah ia sebuah karya kontroversi atau karya songsang?. Pandangan sebegitu perlu dilontarkan jauh-jauh kerana Jomlah C.I.U.M bukannya karya sebegitu kerana tiada langsungpun elemen kontroversi seksual mahupun adaptasi murahan yang terdapat dalam filem ini. Jomlah C.I.U.M, merupakan singkatan kepada Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia (C.I.U.M), adalah filem terbaru arahan M.Subash Abdullah yang akan menemui penonton Malaysia pada 23 Julai 2009 dan ia telahpun ditayangkan kepada rakan media semalam di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas. Filem yang diterbitkan oleh Genius Parade Sdn.Bhd ini merupakan sebuah filem yang agak menarik kerana ia mengupas pelbagai isu dalam kehidupan melalui 3 watak utama yang mempunyai peranan masing-masing iaitu seorang uztaz, sami buddha dan paderi kristian. Ketiga-tiga mereka mempunyai ceritanya yang tersendiri. Cerita pertama mengenai seorang uztaz yang buta matanya tetapi cerdik akal fikirannya. Walaupun beliau tidak boleh melihat seperti manusia lain, namun beliau mempunyai hati yang bersih kerana segala bentuk pencerobohan minda dan kerosakan masyarakat di sekitar kampung amat dibimbangkannya. Melalui agama sahajalah, baginya masalah ini dapat diselesaikannya. Tindakan dan perhatian ustaz tersebut dalam memohon bantuan kewangan untuk membina surau di kampung itu, telah menarik perhatian seorang Sami Buddha dan Paderi Kristian. Kedua-dua mereka ini bersatu padu walaupun berlainan kepercayaan agama dan budaya, demi untuk menegakkan syiar islam yang dibawa oleh ustaz tersebut. Apakah yang berlaku seterusnya?. Berjayakah ustaz tersebut membina surau bersama-sama Sami Buddha dan Paderi Kristian, walaupun agak jangkal dalam masyarakat?. Semua itu hanya akan terjawab sekiranya anda pergi menonton Jomlah C.I.U.M pada 23 Julai 2009 .

Jika dilihat dari sudut pemikirannya, Jomlah C.I.U.M karya M.Subash Abdullah ini cuba mempersoalkan kepada kita 'apakah sebenarnya filem dan apakah pula maksud Wayang?. Kedua-dua ini berbeza, kerana FILEM merupakan wadah pemikiran yang hanya dihasilkan untuk masyarakat berfikir dan menilai segala aspek yang dikemukakan menerusi bahasa visual yang merangkumi mis-on-scene dan nilai naratifnya, sebaliknya 'WAYANG' pula membawa erti yang sejagat iaitu untuk mengkomersialkan produk tanpa memikirkan nilai naratif demi untuk mengaut keuntungan. Produk WAYANG boleh dilihat dalam kebanyakkan filem-filem arahan Prof. Razak Mohaideen, Ahmad Idham dan sebagainya, cuma FILEM hanya boleh disaksikan melalui karya-karya M.Subash, Yasmin Ahmad, Amir Muhammad dan Dr. Hatta Azad Khan. Oleh itu, kedua-dua lambang ini (Filem-Wayang) adalah dua intipati yang amat berbeza sekali. Maka, dalam perkara ini M.Subash telah berjaya meletakkan dirinya sebaris pengarah-pengarah filem yang mempunyai jatidiri dalam menghasilkan FILEM bukannya WAYANG!.

Berbalik kepada intipati Jomlah C.I.U.M, filem ini boleh dikatakan sebuah filem yang lari daripada pendekatan komersial, kerana ia mempertaruhkan muka-muka baru yang sengaja diambil untuk keperluan watak ( mereka bukan pelakon) iaitu watak ustaz yang dibawa oleh seorang ustaz yang benar-benar buta dan watak seorang anak muda yang rosak akhlak lakonan seorang wartawan hiburan daripada portal cinema online. Keberanian watak ini harus dipuji pada M.Subash dan Surenthar (produser filem) yang berani mengetengahkan kedua-dua watak tersebut melalui plihan pelakon yang diambilnya, ia barangkali mungkin tidak digemari oleh penonton filem komersial. Seperkara mungkin yang seringkali dirisaukan daripada kalangan penggiat filem dan pengkritik ialah 'sambutan ke atas filem berjiwa Malaysia ini'. Percayalah, filem-filem sebegini hanya akan disukai oleh peminat FILEM , bukannya peminat WAYANG komersial.

Justeru, Jomlah C.I.U.M boleh dikatakan sebuah filem yang berisiko tinggi untuk diterima masyarakat kerana ia bukan filem komersial tetapi ia sebuah karya FILEM yang cuba mengangkat jatidiri masyarakat Malaysia bagi membentuk sebuah negara mengikut prinsip 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak. Namun begitu, jika anda peminat filem yang mencari-cari sebuah karya yang berkualiti tinggi dan mempunyai citarasa bagi membentuk 'masyarakat', maka filem Jomlah C.I.U.M perlu ditonton oleh semua golongan masyarakat tidak kira agama, budaya dan warna kulit kerana inilah filem untuk semua!!.

Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam...M-online-Oleh AU YEONG HOW

SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.

Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.

Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.

"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.

Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.

Ustaz Ibrahim Mat Isa

Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.

Filem 'Jomlah C.I.U.M' dukung semangat 1Malaysia ...M-online- Oleh AU YEONG HOW

Salam Sejahtera


TIDAK salah jika perkara pertama terlintas di benak semua orang ketika membaca judul filem Jomlah C.I.U.M! adalah adegan bercium.

Bagaimanapun, jangan salah faham. Sebenarnya Jomlah C.I.U.M adalah singkatan untuk Jomlah.... Cari Identiti Untuk Malaysia dan filem ini cuba mengupas keindahan tiga agama yang dianuti rakyat negara ini iaitu Islam, Buddha dan Kristian dan Buddha.

Pengarah muda GB Sdn Bhd, M. Subash yang juga merupakan saudara baru berkata, filem tersebut diberi judul komersial sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai.

Apa yang lebih penting, katanya, filem itu yang sarat dengan semua ajaran agama dapat menyatupadukan rakyat negara ini.

"Bila kita berkata tentang Malaysia, apakah sebenarnya identiti rakyat negara ini? Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

M. Subash

"Objektif utama filem ini adalah untuk memahami Malaysia...selari dengan aspirasi '1Malaysia' slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," jelas Subash.

Subash juga mempersoalkan samada rakyat Malaysia hipokrit dan di manakah hala tuju kita?

Filem ini, kata Subash, mungkin berjaya membantu kita memahami jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.

"Filem ini sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan rakyat menerusi agama untuk mencapai 1 Malaysia," katanya pada majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor semalam.

Hadir sama ialah penerbit GP Sdn. Bhd. Surenthar dan barisan pelakon seperti Ibrahim Mat Isa sebagai ustaz, Hajah Maimunah Ahmad (Nenek), Wahi Aziz (cucu Nenek), Kenchana Devi (Rahib Kristian) dan M. Subash (Sami Buddha).

Wahi Aziz, M. Subash, Surenthar, Ustaz Ibrahim Mat Isa dan Hajah Maimunah Ahmad.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Walaupun buta, ustaz berpendapat ajaran agama dapat menyelesaikan masalah sosial seperti penagihan dadah dan samseng jalanan.

Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, ustaz melekat poster dan mengedarkan risalah untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai.

Ustaz berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (pengarah muda Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolong ustaz untuk membina surau tersebut.

Filem Genius Parade itu merupakan karya ketiga produksi kecil itu selepas "Pensil" dan "Syirik". Penggambaran dijalankan di sekitar Hulu Langat, Semenyih dan Kuala Lumpur selama empat hari ini.

M. Subash memberitahu, filem itu menelan kos pembikinan berjumlah RM200,000-RM250,000 itu dan ia akan ditayangkan mulai 23 Julai ini.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan pelakon Cina dan bangsa lain dalam filem itu dan hanya penampilan pelakon berbangsa Melayu dan India, beliau menjelaskan, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana bangsa Malaysia tidak diklasifikasikan mengikut kaum.

"Boleh saya katakan hala tuju filem syarikat adalah menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum," katanya.


geniusparade

Tuesday, June 9, 2009

MAJLIS PRA-TONTON FILEM JOMLAH C.I.U.M!

Friday, March 6, 2009

'Mannaan' Siap Dalam 12 Jam!...by Azwan Annuar GUA.COM, 6 Feb 2009

Salam Sejahtera...


Jika sebelum ini ‘Pensil’ menjalani penggambaran selama seminggu, ‘Jom La Cium’ selama tiga hari, ‘Syirik’ selama empat hari, filem terbaru terbitan Genius Parade, ‘Mannaan’ hanya mengambil masa penggambaran selama 12 jam! Itulah keajaiban yang dilakukan pengarah M. Subash yang tidak kenal erti mengalah dan penerbitnya Surenthar.

Sejarah penggambaran filem paling pendek di Malaysia bermula jam enam pagi dan berakhir tepat jam enam petang di Batu 16, Hulu Langat, Selangor. Namun, persoalan yang timbul, adakah dengan masa yang begitu singkat, akan menghasilkan sebuah filem bermutu.


“Itulah dilema yang kami hadapi. Bila mampu menyiapkan karya dalam tempoh singkat, pasti ada pihak mempertikaikan mengenai kualiti. Tetapi saya cukup berpuas hati dengan apa yang dilakukan selama ini. Walaupun masanya singkat, kualiti tidak pernah diabaikan,” janji Subash.

“Bagi Genius Parade, setiap filem yang kami hasilkan, haruslah berkualiti. Namun, faktor premier dalam produk yang ingin dipersembahkan kepada penonton adalah mesej yang ada di dalam sesebuah filem.

Tambah Surenthar, “Kami sedar kami tidak mempunyai peruntukk
an untuk menghasilkan filem menggunakan teknik ‘imej janaan komputer’ mahupun aksi lagak ngeri, jadi dengan kekurangan ini, pihak Genius Parade menumpukan kepada mesej dan kandungan yang ingin disampaikan kepada penonton.”

Ketika ditemubual, mereka ditanya apakah rahsia sehingga mampu menghasilkan sebuah karya dalam tempoh cukup singkat.

“Dengan kekangan dari sudut kewangan, kami hanya memilih satu lokasi sahaja. Selain itu, dengan teknik papan cerita, saya sudah tahu sudut kamera yang diinginkan. Ini memberikan saya kelebihan untuk mengarah karya ini,” kata Subash.



Iqwal Teruja Berlakon
Keistimewaan ‘Maanaan’ juga terletak pada pelakonnya, iaitu bintang baru Iqwal, pemenang pingat emas di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles tahun lepas. Selain itu, penghibur yang cukup dikenali pada era 80an, Jem turut terlibat selain Jeevan dan Ruminah Sidek.

Menurut Iqwal, dia tidak menyangka boleh terjun ke dalam bidang lakonan. Baginya, pertemuan dengan Subash ketika Kuala Lumpur International Film Festival 2008 men
gubah segala-galanya.

“Dalam pertemuan itu, Subash telah menawarkan watak remaja untuk filem terbarunya. Bagi saya, peluang tidak akan datang kali kedua. Jadi saya menerima tawaran tersebut. Selain bidang nyanyian, saya memang sudah lama bercita-cita terlibat dalam lakonan.”

Membawa watak Syamir, seorang remaja yang meminati tarian ‘shuffle’, tidak terlalu memberi cabaran kepadanya.

“Bidang tarian juga sebahagian dari diri saya. Ja
di ianya tidaklah terlalu sukar. Cuma, agak penat apabila terpaksa melakukan berkali-kali supaya lakonan itu sempurna.

Tambahnya, “Bidang lakonan cukup mengujakan. Jika ada tawaran, saya pasti akan menerimanya.”


‘Mannaan’ Berdasarkan Pengalaman Subash
‘Mannaan’ yang bermaksud ‘Maha Pemurah’ menceritakan Muthu (lakonan M.Subash), seorang kurang upaya (buta dan kehilangan kedua-dua belah kaki) dikurung oleh ayahnya kerana ingin mendalami Islam.

Dalam pada itu, Syamir (Iqwal) pula sering dimarahi ayahnya kerana ingin mempelajari tarian barat. Akibat konflik ini, Syamir bertemu dengan Muthu secara tidak sengaja. Dari pertemuan ini terjalin satu persahabatan. Hasil dari pertemuan itu, Syamir lebih mendalami nilai-nilai Islam sehingga memeranjatkan neneknya (Ruminah Sidek).

geniusparade

Saturday, February 21, 2009

BERSEMANGAT BUAT FILEM...19 Februari 2009 : Harian Metro(Oleh Elrafaei Sapi)

Salam sejahtera...

Bagi pengarah baru, M Subash yang pernah menghasilkan filem pertama, Pensil, tahun lalu menyatakan dia tidak mempunyai masalah menantikan tayangan tiga filem barunya, Syirik, Jomlah Cium dan Mannan yang dijangka menemui penonton tahun ini. Katanya, dia bukan berniat menghasilkan filem untuk meraih keuntungan, sebaliknya lebih menumpukan aspek penyampaian mesej positif pada penonton.

"Saya mahu filem baru saya mempunyai kelainan dan tidak kisah jika kutipan tiket diterima cuma sedikit. Saya gembira andai penonton suka filem saya dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

"Buat masa ini, Syirik sudah mendapat tarikh tayangan iaitu 4 Jun nanti. Menariknya, filem ini mengisahkan pelajar perfileman mati dibunuh dan rohnya kembali membalas dendam. Berbeza dengan Jomlah Cium iaitu singkatan cari idea untuk Malaysia (cium), filem ini pula membawa perhubungan antara saya sebagai sami Buddha bersama penganut Kristian dan ustaz membantu satu sama lain melaksanakan kebajikan membina masjid.

"Mannan pula membawa pengalaman sebenar saya melihat cahaya terang dari sebuah masjid sehingga ia mendekatkan diri saya pada Islam. Sungguhpun banyak filem baru bersaing tahun ini tetapi saya berharap kualiti filem kita meningkat hingga mampu dibawa ke festival luar negara.

"Matlamat saya membuat filem ingin mengangkat nilai masyarakat negara ini dengan penyampaian mesej yang dapat mendidik penonton pelbagai bangsa dan agama supaya mampu bersatu,

geniusparade

Saturday, January 3, 2009

MANNAAN... 4th movie from Genius Parade Films...



MANNAAN- Filem Ke-4 Genius Parade S.B.... memaparkan kisah Muthu(M.Subash) yang dikurung di dalam sebuah bilik stor oleh ayahnya, akibat ingin mempelajari lebih dalam tentang ajaran agama Islam. Muthu yang juga seorang buta tiada kedua-dua belah kakinya...

Syamir(Iqwal), seorang remaja yang suka dengan tarian barat, selalu dimaki ayahnya(Jamaludin). Kisah bermula apabila Syamir berjumpa Muthu... Syamir akan diberi tunjuk ajar oleh Muthu, dan perubahan Syamir akan menghairankan neneknya(Ruminah Sidek), yang akan berjumpa dengan Muthu....

Nenek akan terpegun dan kagum akan ilmu agama yang diperoleh oleh Muthu...

Pelakon
  1. M.Subash
  2. Ruminah Sidek
  3. Jamaludin (Jem)
  4. Iqwal
  5. Jeevan
Krew
  1. Md.Nor (D.o.P)
  2. Din
  3. Ruhaizad
  4. Rashid
Penerbit/P.Pengarah
  1. Surenthar
Pengarah/Skrip/Cerita
  1. M.Subash
geniusparade

Wednesday, December 31, 2008

From comic to convent...Wahi, Cinema Online




Salam Sejahtera...

31 Dec – She might not be as prominent as some of the other local actresses around but Kenchana Devi with her gift of humour has a lot to offer. The fit-as-ever mother of three was at the Palace Of The Golden Horses launching of TV3 series "Spa Q" recently, where she told Cinema Online about her part in a new feature called "Jomlah C.I.U.M".Directed and written by rising filmmaker M. Subash ("Pensil"), Kenchana said that the project piqued her interest despite its low budget nature because of her admiration for the director's passion in filmmaking.Known for her comedy roles in TV dramas especially TV3's "Puteri", she finds the role irresistible.

Craving for non-clichéd roles, Kenchana said: "Playing a nun in the film challenged me to do some strong emotional displays. Without make-up, I had to project a calm and nonchalant portrayal. I only have six or seven scenes but I'm simply delighted to work with Subash and Surenthar (producer), especially after having seen their 'Pensil' debut".Highlighting a religious aspect, "Jomlah C.I.U.M" explores the beauty of religions – Islam, Christianity and Buddhism and their similarities in promoting kindness, unity and peace among human beings. Produced by Genius Parade Films, "Jomlah C.I.U.M" is their third picture after "Pensil" and the yet unreleased "Syirik". Shot in Hulu Langat, Semenyih and Kuala Lumpur, the film wrapped recently after shooting for only a couple of days. Aside from Kenchana, it also stars M. Subash and Ustaz Ibrahim.

"Jomlah C.I.U.M" is aiming for local release next year.

geniusparade

Wednesday, December 17, 2008

Nilai Hidup Masyarakat Melayu Perlu Dicontohi Dalam Pensil...Budiey

Pensil, filem realiti yang menekankan nilai-nilai positif yang perlu dimiliki oleh seseorang individu untuk mencapai kebahagian di dunai dan di akhirat.

Menurut M.Subash, iaitu pengarah, pelakon, penulis skrip dan pencipta lagu tema filem ini berpendapat, Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang lebih disanjungi jika Bangsa Melayu dapat kembali kepada nilai-nilai hidup yang asal. Beliau berpendapat Bangsa India dan Cina juga harus mengaplikasikan nilai-nilai dan norma hidup masyarakat Melayu untuk menghasilkan nilai hidup yang lebih “Malaysia”.

Oleh kerana peratusan penduduk Melayu adalah yang tertinggi di Negara ini, adalah tidak salah untuk bangsa lain mengambil yang positif dari Bangsa Melayu dan belajar hidup ‘majmuk’ -katanya.

Beliau juga merasakan budaya barat tidak perlu diagung-agungkan sehingga boleh mencatatkan cara hidup rakyat Malaysia

Menurut beliau, filem Pensil sedikit sebanyak ingin memaparkan cara hidup Bangsa Malaysia dan sekali gus dapat memberi kesedaran akan keunikan Bangsa Malaysia itu sendiri.

geniusparade

Pensil - Penuh Dengan Pengajaran Dan Nilai Agama...Budiey

Salam sejahtera...
PENSIL, filem yang menyentuh perasaan terbitan GENIUS PARADE SDN. BHD. GPSB yang merupakan filem pertama mereka, bakal ‘menyentuh’ penonton di pawagam pada 12 jun 2008 ini. Filem arahan pengarah baru M. Subash yang juga penulis skrip, penulis lirik lagu tema (Gelap), dan juga merupakan pelakon utama dalam filem ini (PENSIL), adalah seorang yang berbakat besar. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi milik GPSB, GENIUS PARADE COACHING CENTRE yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Filem arahan pengarah baru M. Subash ini, merupakan sebuah filem yang mengisahkan kehidupan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan.
Walaupun cacat, Badrul (lakonan M. Subash) amat sayang pada ibunya (Maimon Mutalib). Badrul juga mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.
Mak Nek (Rominah Sidek) adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid (Jalil Hamid). Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih saying dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.
Pengarah yang juga bertanggungjawab dalam lakon layar filem ini, menyatakan bahawa filem ini menerapkan nilai-nilai moral yang penting dalam kehidupan harian. Menurut beliau, filem sekarang kurang menitik beratkan aspek agama malah nilai-nilai moral juga sering diketepikan. Bagi beliau, untuk mewarnai sebuah dunia perfileman, sebuah filem tersebut perlu melahirkan kelainan, dan sekaligus membina masyarakat berfikiran luas. Menyedari hakikat, filem-filem tempatan yang kini lebih mementingkan nilai komersial, beliau menyatakan bahawa filem Pensil bukan bertujuan untuk ‘membuat duit’ tetapi lebih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat. Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat melayu memiliki nilai-nilai yang boleh menjadi contoh kepada bangsa lain, tetapi disebabkan oleh kesan nilai barat, nilai-nilai murni mereka semakin terhakis.

geniusparade

Thursday, December 11, 2008

SYIRIK Trailer!!!

Watch it to believe...

geniusparade

Thursday, December 4, 2008

Challenging Role of M.Subash...in Jomlah C.I.U.M!

After his unique role in Pensil(Badrul, a retarded boy), Syirik(Lina, Kumar & Jasad)...Now, M.Subash is taking up another challenge, acting as Buddhist Monk!...
The symbol of Jomlah C.I.U.M!!!
M.Subash- I feel gifted to receive another chance from Genius Parade (Mr.Surenthar). Eventhough it can be not a commercial movie...Jomlah C.I.U.M! is to open the eyes of the community about the beauty of LOVE and RELIGION.
We may have different skin color, but at the end we are still children of the GOD! Let us unite as ONE.
geniusparade

Wednesday, December 3, 2008

Jomlah C.I.U.M! shoot done!!!





geniusparade

Monday, November 10, 2008

Siasah...by Faisal Tehrani

geniusparade

Star...by Rizal Johan

geniusparade

Sunday, November 9, 2008

"Pensil" get Goa nod...By Syahida Kamarudin






4 Nov – The International Film Festival of India (IFFI) that will be held from 22 November to 2 December 2008 in Goa will be an interesting one for Malaysia as two local films – Prof. Dr. Hatta Azad Khan's "Wayang" and M. Subash's "Pensil" have both been selected for the "Cinema Of The World" section of the 39th edition of the festival.

"We're going to India!""Wayang" and "Pensil" were multi-nominated in the Malaysian Film Festival 2008 (FFM21) last August in which Ruminah Sidek won Best Supporting Actress for "Pensil" and Zul Huzaimy won Best Supporting Actor for the yet unreleased "Wayang".
Genius Parade Sdn Bhd producer Surenthar is ecstatic, saying that all the preparation needed for sending "Pensil" to India has been done. He said: "What's important isn't about winning, but the fact that our film is being recognised by the organiser. In a way, it motivates us to keep on making movies of good quality".The International Film Festival of India is a 10-day event organised by the Indian Directorate of Film Festivals under the Indian Ministry of Information and Broadcasting. Since its first run was in 1952, this would be the 39th edition of the festival and the third time it will be held in Goa since 2005. It is also an event recognised by the International Federation of Film Producers Association (FIAPF).


geniusparade

Thursday, November 6, 2008

"Pensil" PIRATED....Whom to be blamed???





geniusparade

Sunday, November 2, 2008

TEMPOH 4 HARI SAJA!...Oleh Nurulhisham Abdul Latiff



Genius Parade Sdn Bhd buat kejutan dalam filem Syirik

SEANDAINYA filem pertama terbitan Genius Parade Sdn Bhd, Pensil, berjaya dirakam dalam masa enam hari, filem kedua terbitan Surenthar, Syirik nampaknya mencatat sebuah lagi kejutan apabila filem bercorak misteri itu menamatkan penggambaran utama dalam masa empat hari saja.

Walaupun dianggap sebuah filem yang kecil, namun Surenthar dan pengarahnya, M Subash, membuka mata masyarakat filem apabila Pensil turut disenaraikan sebagai lima calon akhir bagi kategori utama, Filem Terbaik, pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-21 di Putrajaya, baru-baru ini.

Lalu, apabila Syirik yang sekali lagi dilakonkan Subash dan Khatijah Tan siap dirakam dalam masa yang lebih singkat, apakah formula 'tidak membazirkan masa' itu akan sekali lagi memberikan kelebihan kepada filem ini?

Sudah tentu ramai yang terfikir, apa yang mampu dicapai pengarah terbabit dalam masa yang begitu singkat? Apakah filemnya nanti muncul sebagai filem melepas batuk di tangga? Hip menemui pengarah dan penerbit muda berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

"Biarpun filem Syirik dirakam dalam masa empat hari, tetapi sebagai pengarah, saya berpuas hati dengan hasilnya. Saya gembira dengan hasil lakonan pelakon serta hasil kerja krunya. Mereka memberikan kerja yang terbaik untuk menjayakan filem ini," kata Subash yang memegang tiga watak dalam filem terbarunya itu, termasuk watak seorang perempuan, Lina.

Ujarnya, mengapa perlu penggambaran filem itu dilanjutkan sekiranya mereka mampu melaksanakannya dalam masa yang singkat?

"Kami tidak sengaja melambat-lambatkan penggambaran dengan tujuan mendapatkan wang lebih. Saya tidak nampak rasionalnya untuk memanjangkan hari penggambaran apabila Syirik dapat dirakam dalam masa beberapa hari saja.

"Ia bukan berkait pada soal berapa lama filem ini dirakam, sebaliknya kreativiti tenaga kerja yang terbabit. Kadang kala, kita menggunakan waktu, tenaga serta peruntukan yang berlebihan, tetapi hasilnya pula tak seberapa. Kami pula mencuba formula yang tidak memerlukan peruntukan hingga berjuta-juta, tetapi masih mengutamakan kualiti," tegas pengarah yang berharap dapat menayangkan filem itu sekitar Mac atau April tahun depan.

Biarpun siap dirakam dalam masa singkat, tetapi pihaknya sudah mendapatkan segala babak yang diperlukan, apabila mereka turut mengadakan rakaman tambahan untuk visual pemandangan dan sebagainya.

"Malah, setelah disunting secara kasar, filem berkenaan kini mempunyai durasi sepanjang dua jam setengah tayangan. Kami perlu menyuntingnya lagi kerana ia sudah pun terlebih daripada minit yang kami perlukan," kata Surenthar yang membelanjakan sekitar RM400,000 untuk menghasilkan filem keduanya ini.

Menurutnya, dia membayar pelakon dan pekerja filem itu dengan gaji hari. Mereka gembira dengan habuan yang diterima. Justeru, ia bukan sebuah filem yang dibuat dengan belanja murah sekiranya diukur pada bayaran diterima.

"Pada masa yang sama, kami juga tidak mengerah tenaga pelakon dan pekerja 24 jam sehari. Mereka mempunyai waktu untuk berehat dan bersembahyang. Kami berjaya melakukannya dalam masa beberapa hari kerana penggambaran dilakukan mengikut pecahan babak dan pelakon. Apatah lagi kru yang diseliakan Abang Indra (Che Muda) menunjukkan disiplin kerja yang cukup tinggi," puji penerbit terbabit.

Begitupun, kedua-duanya mengaku agak risau seandainya mereka dilabel sebagai sekumpulan pembikin filem baru yang cuba merosakkan tradisi dunia penghasilan filem tempatan.

"Kami memang takut kalau ada yang kata kami 'kacau daun'. Masalahnya, dengan bajet tidak besar yang kami ada itu, begitulah cara kami menghasilkan sesebuah filem.

"Kami juga tidak mahu menipu dengan mengatakan filem ini disiapkan dalam masa sebulan atau sebagainya, hanya kerana bimbang orang ramai akan mempertikaikan kualiti filem ini. Ada sesetengah pihak berasakan, kami tidak patut mengumumkan filem ini dibuat dalam masa yang singkat. Masalahnya, kami tidak mahu bercerita perkara tak benar," kata Surenthar.

Syirik, kata Subash pula, pada hakikatnya memberikan kepuasan yang lebih pada dirinya berbanding filem sulung, Pensil.

"Syirik punya kekuatan yang pelbagai. Ia sekali lagi menekankan aspek lakonan. Saya harus memberikan pujian kepada Khatijah Tan yang memberikan persembahan amat membanggakan menerusi filem ini. Jika menerusi Pensil, saya mengetengahkan Mak Mah (Ruminah Sidek), kali ini, giliran Khatijah pula. Pendek kata, Syirik memang filemnya. Saya berharap benar dia akan dicalonkan bagi kategori lakonan pada FFM akan datang.

"Syirik turut menunjukkan perbezaan dari segi kerja kamera. Tidak pernah sebuah filem tempatan dirakam dengan gaya rakaman seperti kami lakukan untuk filem ini. Ia menampilkan teknik rakaman pegangan tangan (hand held camera), seakan-akan kamera itu sendiri yang dirasuk," dedah Subash.

Selain dirinya dan Khatijah, turut menjayakan filem yang dirakam di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat itu ialah pelakon teater, Sham Sunder Binwani serta beberapa muka baru seperti Jeff Omar, Jeffry Jeff dan Zaid.

Pensil ke festival filem di India

KEGEMBIRAAN berganda tentunya kini dirasai dua jejaka ini apabila Pensil sekali lagi mendapat perhatian pada festival filem. Jika pada FFM21 lalu mereka pulang dengan dua trofi (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri), beberapa minggu lalu filem itu dipilih pula menyertai Festival Filem Antarabangsa India (IFFI) Ke-39 yang berlangsung 22 November hingga 2 Disember depan, di Goa.

Surenthar memberitahu, kini segala persiapan bagi membolehkan filemnya dihantar ke India sudah dilakukan. Dia sendiri akan mewakili filem yang mendapat lima pencalonan pada FFM21 itu ke sana nanti.

"Sudah tentulah kami amat berasa bangga dan gembira dengan pemilihan ini. Ia penghargaan cukup besar buat filem sekecil Pensil apabila berjaya menarik perhatian penganjur festival antarabangsa seperti IFFI.

"Kalah menang bukanlah perkara utama ketika ini. Paling penting, usaha daripada pembikin filem kerdil seperti kami tidak dilepas pandang oleh penganjur festival. Ia memberikan kami semangat untuk terus menghasilkan filem berkualiti pada masa akan datang," kata Surenthar yang nyata teruja dengan pemilihan berkenaan.
geniusparade

Wednesday, October 22, 2008

PENSIL DIJEMPUT KE INDIA...Oleh Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi


Salam Sejahtera.
Pensil hasil karya Genius Parade Sdn. Bhd. dipilih menyertai Festival Filem Antarabangsa India Ke 39.Pensil mungkin filem kecil yang berjaya menjulang Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia bulan Ogos lalu. Namun, ia besar pada mata penganjur festival filem antarabangsa apabila karya arahan M. Subash itu dijemput menyertai Festival Filem Antarabangsa India, pada 22 November hingga 2 Disember. Filem terbitan Genius Parade Sdn. Bhd itu ditayangkan di 29 pawagam seluruh negara pada 12 Jun lalu. Filem tersebut berjaya mengutip hampir RM40,000 dalam jangka masa tayangannya mengikut Skim Wajib Tayang.

Filem yang dibintangi pelakon-pelakon veteran seperti Ruminah Sidek, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, Jalil Hamid dan juga pendatang baru, Subash sebagai teraju utama dikatakan gagal memikat penonton ke panggung menonton filem tersebut. Namun begitu hasil karya filem itu membuka mata orang ramai apabila berjaya menobatkan Ruminah Sidek sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 21 baru-baru ini. Dengan hasil lakonan mantap bersama sokongan cerita bermoral yang kuat tidak hairanlah mengapa penganjur festival luar negara itu berminat mempamerkan filem berkenaan kepada masyarakat disana. Tujuan sebenar filem itu dihasilkan bukan untuk mengaut keuntungan yang besar, sebaliknya menghargai bakat dan hasil lakonan yang diberikan serta nilai moral yang ingin disampaikan memandangkan golongan masyarakat kita telah hilang nilai-nilai moral tersebut.
Karya mereka tidak terhenti disitu sahaja apabila filem kedua keluaran Genius Parade, Syirik, telah berjaya menghabiskan sesi penggambaran mereka hanya dalam 4 hari dan sudah memasuki proses penyuntingan. Filem tersebut bakal memasuki pawagam pada tahun hadapan. Selain dari itu terdapat dua lagi filem dalam perancangan pembikinan iaitu CCTV dan Jomlah C.I.U.M. Sama-sama kita mengharapkan hasil karya yang mempunyai mesej nilai murni tinggi serta lakonan-lakonan hebat dari filem-filem mereka.

geniusparade

Friday, October 17, 2008

"Pensil" dipilih menyertai KLIFF'08 & 6th-Chennai Film Festival (India)



Salam Sejahtera...

Kami dari geniusparade dengan sukacitanya ingin memaklumkan, filem sulung geniusparade menyertai 2nd-Kuala Lumpur International Film Festival peringkat "Official Selection" mewakili Malaysia...
Pensil juga telah dipilih untuk "Tayangan" dalam 6th-Chennai International Film Festival (India) yang akan berlangsung pada 10-13 November '08...
geniusparade

Tuesday, October 7, 2008

"CCTV"...Projek terbaru GeniusParade...


Salam Sejahtera.
GeniusParade ingin memperkenalkan projek terbaru iaitu, CCTV. Tajuk yang agak pelik juga dibandingkan dengan Pensil dan Syirik. Tetapi, itulah tajuk filem K-3 geniusparade. Penggambaran dijangka akan bermula sekitar bulan Disember'08... Juga tidak ketinggalan bakat-bakat baru.
Mengisahkan sebuah bangunan yang ingin disewa oleh sekumpulan Syarikat di Kuala Lumpur. Keadaan bangunan yang tidak diurus itu apabila mula dibersihkan, kejadian aneh mula berlaku dan aktiviti tersebut dirakam oleh CCTV yang terdapat di dalam bangunan tersebut.
Siapa yang merakam dan kenapa dirakam? Menjadi misteri. Walaubagaimanapun, ada pihak yang memberitahu, bangunan tersebut pernah dimiliki oleh seorang ahli kumpulan sesat yang biasa memuja benda yang bukan-bukan.

Info Filem CCTV:
Penerbit: Surenthar
Pengarah: Surenthar
Penulis Skrip: M.Subash
geniusparade

Friday, October 3, 2008

Jomlah C.I.U.M. in the works...By Wahiduzzaman


Hi, Good Day...

2 Oct – They never call it quits! Just after the wrap of Genius Parade's second film, "Syirik" recently, the prolific filmmaking duo M. Subash and Surenthar are eyeing a third project, a drama called "Jomlah C.I.U.M". To our surprise, they are even offering some acting roles in their upcoming project to Cinema Online writers!

As to what brings them to such bold decision, the actor-director Subash explained: "As filmmakers, we should be creative and daring enough to come out with fresh ideas and approaches. Acting talent can come from anywhere, even from the media! So what's wrong with approaching them for our film? Of course, some people might see this effort as a shallow decision from us but Surenthar (producer) and I have done a lot of thinking for this.

It's about time for us to introduce new faces to the film scene, which could lead to a new perspective in the local scene. The film, which will see Subash himself leading the line-up, is currently in the pre-production phase. The movie is to shoot after this Hari Raya break somewhere on the East Coast.

geniusparade