MESKIPUN filem pertamanya Pensil kurang mendapat sambutan penonton namun produksi Genius Parade Sdn Bhd (GPSB) tidak mengambil masa lama untuk menerbitkan filem kedua mereka, Syirik.
Di saat produser tanah air berlumba-lumba menghasilkan filem yang boleh mencatat pecah panggung dengan mempertaruhkan cerita ringan dan menampilkan muka komersial, GPSB mengambil sikap berani dengan menongkah arus menghasilkan filem moral dan mengetengahkan muka baru sebagai tonggak utama.
Penerbit GPSB, Surenthar Murugaya, berkata kegagalan Pensil tidak menjadi penghalang buatnya terus menghasilkan filem bermoral untuk tatapan masyarakat biarpun berdepan pelbagai sindiran negatif.“Kami tidak mahu nama GPSB tenggelam apabila me ngambil masa yang agak lama untuk menghasilkan filem seterusnya. Sementara nama kami masih 'panas' dan meniti di bibir peminat seni tanah air, kami perlu pantas mengambil peluang ini untuk menerbitkan filem kedua, Syirik.“Setakat ini kami hanya menggunakan modal sendiri dan tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak, tetapi sekiranya ada pihak minat bekerjasama kami me ngalu-alukannya.“Filem pertama kami, Pensil banyak menerima kritikan terutamanya dari segi pemasaran dan promosi. Untuk kali ini, kami sudah mendapat formulanya dan tahu bagaimana memasarkannya dengan cara yang lebih sistematik dan agresif,” katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Syirik di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang baru-baru ini.

Pengarahnya, M Subash pula berkata, filem ini akan me maparkan teknik penggambaran yang berbeza buat pertama kali di Malaysia. Justeru dia 'takut' mendedahkan teknik ini terlalu awal bimbang akan ditiru produser dan pengarah lain.“Cerita yang dihasilkan berdasarkan kisah benar yang terjadi pada keluarga saya sendiri di mana ibu saya meninggal dalam keadaan misteri apabila ada kesan calar di mukanya tanpa sebab yang munasabah. Hal ini ada kaitan dengan pekerjaan bapa saya sebagai bomoh.
“Untuk mewujudkan keunikan dalam cerita ini saya akan tonjolkan elemen misteri dan syirik dari sudut pandangan masyarakat India dan Melayu. Bagi mengelak kontroversi, saya akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),” katanya.Bukan omongan kosong apabila berani mengatakan filem arahannya kali ini akan mencatat kutipan pecah pangung, Subash berkata, dia kini sudah ada formula untuk menarik pelbagai golongan usia dan bangsa menonton filem ini kerana menyelitkan senario sebenar masyarakat termasuk isu semasa seperti tangkal yang digunakan mat rempit dan pelbagai lagi elemen lain.Mengenai pemilihan pelakon, dia tidak percaya kepada konsep muka komersial yang boleh 'buat duit', sebaliknya mempertaruhkan kepada bakat dan memandang kelebihan dari sudut lain.
Justeru tidak menghairankan apabila ramai muka baru diketengahkan seperti Elly, Ruby, Jeff Omar, Jeffry Jeff, Zaid dan ramai lagi serta pelakon veteran, Ruminah Sidek atau Mak Mah sebagai penasihat lakonan.Penggambaran yang memakan masa 14 hari ini akan bermula pada 25 Ogos depan di Hulu Langat dan Cheras. Filem kedua terbitan Genius Parade Sdn Bhd ini menelan belanja RM400,000 tanpa kos promosi.Filem ini mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini.Wujud di kampung berkenaan seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini supaya kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Malangnya nasihat si nenek tidak diterima oleh golongan ini.Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian pelik berlaku di kampung berkenaan di mana isteri seorang bomoh yang sarat mengandung dibunuh dan bayinya hilang. Susulan daripada kejadian ini, insiden pelik sering berlaku di kampung itu. Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali sebagai pontianak untuk membalas dendam.

Sementara itu pengarah fotografi terkenal, Indra Che Muda dilantik untuk menggambarkan filem ini. Dalam nada merendah diri, Indra yang mula terbabit di arena belakang tabir sejak 1979 berkata, dia bersedia berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada padanya kerana filem Syirik ini hadir dalam bentuk berbeza dan lain daripada konsep kebanyakan filem sebelum ini.“Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menghasilkan filem terbaik. Banyak orang yang mem buat filem sebelum ini tidak tahu formula untuk meng hasilkan filem bermutu dan mencapai kutipan pecah panggung, jadi dengan gandingan mantap dalam Syirik, kami akan berusaha mencapai kedua-duanya sekali gus,” katanya.
Sekian...



0 P.O.V:
Post a Comment