Saturday, September 27, 2008

Gambar Pelik semasa penggambaran SYIRIK...

Imej ini dirakam semasa babak TOK Bomoh dibunuh dalam Filem SYIRIK... CUBA teliti... btl2.


Keberanian GeniusParade...!Harian Metro(Oleh Norhayati Nordin)

Salam Sejahtera...


JARANG sekali ada filem tempatan menjalankan penggambaran selama enam hari dan seterusnya ‘bebas’ daripada pemotongan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Namun, itulah yang berlaku pada filem Pensil terbitan produksi baru, Genius Parade Sdn Bhd.

Filem bergenre drama kemasyarakatan arahan M Subash ini memaparkan kisah menarik mengenai lelaki cacat yang baik hati. Malah, biarpun sedar diri kurang upaya tetapi semangatnya kuat untuk berjaya dalam hidup sebagai pelukis.Berbekalkan ‘pensil’, Badrul (watak utama) tidak pernah putus asa. Bagi lelaki istimewa ini, tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya kecuali dapat membahagiakan ibu tiri tersayang. Seiring dengan genrenya, Pensil sarat nilai murni.M Subash berkata filem pertama sentuhannya itu akan menjengah pawagam pada 12 Jun ini. Katanya, durasi satu jam 50 minit itu akan membawa penonton mendekati keperitan hidup dan kejayaan Badrul yang tabah serta akur pada takdirnya.“Saya memberanikan diri mengarah filem berunsur kemasyarakatan, berikutan kurangnya genre seperti itu diketengahkan kepada penonton tempatan. Kini, boleh dikatakan kebanyakan filem ditonton terdiri daripada aksi, seram dan komedi.“Selain itu, filem terbabit juga mengutamakan nilai komersial. Secara tidak langsung, ia menjurus kepada mengaut keuntungan. Biarpun, itu hak masing-masing tetapi istimewanya Pensil ialah saya cuba mengangkat nilai murni masyarakat tempatan.


“Khususnya pada bangsa Melayu yang cukup kuat nilai murni mereka. Bagaimanapun, sayangnya disebabkan pengaruh Barat, nilai itu semakin terhakis. Justeru, saya letakkan cabaran pada diri untuk menitikberatkan aspek agama dan moral dalam Pensil,” katanya.Kata M Subash lagi, dia amat gembira kerana usahanya berhasil apabila Pensil berjaya disiapkan dalam tempoh singkat. Katanya, shot berkonsepkan semula jadi dan ‘one take’ banyak membantu dan sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan.“Filem ini dianggarkan menelan belanja pembikinan dan promosi kira-kira RM450,000.


“Apapun, saya berharap Pensil akan diterima penonton. Jika ikut perancangannya, Pensil meraih peluang ditayangkan di 30 pawagam seluruh negara,” kata M Subash terharu dan berdebar menanti penerimaan peminat panggung terhadap filemnya itu.

Ditanya mengenai penghayatan pada watak Badrul yang dilakonkan, M Subash berkata dia sebenarnya sedang mendalami agama Islam. Katanya, dia meminati Islam dan pada masa sama turut kagum dengan budaya dan nilai murni masyarakat Melayu.

Sehubungan itu, penggambaran Pensil yang dibuat di Kampung Jaya Setia, Kuala Selangor membariskan beberapa pelakon berbakat tanah air antaranya Khatijah Tan, Ruminah Sidek (Mak Mah), Jalil Hamid dan Maimon Mutalib.Bagi penerbitnya, Surenthar pula berkata filem berkenaan percubaan pertama produksinya menembusi pasaran filem Melayu. Katanya dia tidak mengharapkan keuntungan sebaliknya gembira jika mesej dimuatkan diterima penonton.“Berapa saja kutipan filem ini nanti, saya menerimanya. Dalam soal keuntungan, ia bukanlah perkara utama bagi Genius Parade. Sebaliknya, saya hanya mahu masyarakat menerima filem kami. Itu saja. Bagaimanapun, melihatkan jalan cerita Pensil, saya yakin filem ini berpotensi diterima masyarakat tempatan. Ia sarat mesej positif dan nilai murni yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian.


Sekian...

Thursday, September 25, 2008

"Syirik" wraps shoot after just four days...By Wahiduzzaman(Cinema online)

Good day...


Local horror-thriller "Syirik", the second venture from rising director-writer-actor M. Subash, wrapped up filming after only four days on set. The unbelievably short duration of shooting days is presumably a record-breaker for the local scene.Speaking on location recently, Subash explained: "Shooting was done according to schedule and I have to make sure of it.


It's not an impossible task. Frankly, there was no rush and no real pressure – but we have to shoot it tightly and avoid exceeding cost. Everything ran smoothly."As a small budget film, the director who plays three roles as Lina, Kumar and Jasad, elaborated that there was some vital preparation involved to pull it off. "All cast members, including myself, have undergone rehearsal under the guidance of veteran actress Ruminah Sidek.


Thus, when we did the shooting, most of the scenes were shot in one to three takes - but that doesn't mean I neglected the quality of performances or camerawork. It's a matter of a good planning," said Subash in relief after the wrap up of the final scene of "Syirik" at a resort house in Sg Lui, Hulu Langat recently.


Thank u..

SELEPAS PENSIL, KINI SYIRIK...my-artis.blogspot.com(Tuesday, July 22, 2008)

Salam Sejahtera...


Perkataan mengalah atau merasa serik dengan kegagalan lampau tidak pernah wujud dalam kamus Surenther dan M.Subash. Kutipan yang kurang menggalakkan diperolehi melalui filem Pensil tidak langsung melemahkan semangat mereka untuk terus berkarya.Hasilnya, kini Genius Parade Sdn Bhd (GPSB) bangkit kembali menerbitkan filem kedua yang berjudul Syirik. Majlis pelancaran filem tersebut telah dilangsungkan di Finas dalam suasana sederhana dan penuh semangat.Menurut M.Subash selaku Pengarah Syirik, ada kejutan dan rahsia yang bakal diketengahkannya kali ini dalam filem arahan terbarunya itu.
Selain itu, dia mahu agar budaya mencari keuntungan semata-mata dalam sesebuah filem dikikis dan digantikan dengan nilai-nilai murni."Buat apa kita nak tiru Barat, bukankah kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai nilai budaya kita sendiri? Dalam masalah ini, tujuan saya menghasilkan filem bukanlah mengejar keuntungan atau populariti, tetapi untuk memartabatkan industri perfileman kita," ujarnya.Mengenai Syirik, filem ini mengisahkan fahaman yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan tersebut hingga mereka sering melakukan pembunuhan.Lebih memelikkan, apabila isteri seorang bomoh yang sarat mengandung telah dibunuh dan bayinya hilang.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi insiden-insiden pelik yang berlaku di kampung tersebut hingga menimbulkan pelbagai andaian karut.Filem ini akan menjalani penggambaran bermula pada 25 Ogos 2008 di lokasi utamanya di Hulu Langat, Kampung Sungai Lui dan Cheras, Selangor. Kos penggambaran selama 14 hari seperti yang disusun ialah RM400,000 tidak termasuk kos promosi.Indra Che' Muda sekali lagi telah diberikan kepercayaan untuk menghasilkan pergambaran filem Syirik dan sekaligus dilantik menjadi Penasihat.Kesimpulannya, bagi anda yang pernah menonton filem Pensil, anda pasti tahu sejauh mana kekuatan M.Subash dan Indra menghasilkan karya mereka. Oleh yang demikian, filem Syirik pastinya bakal lebih menarik dan mampu memecahkan box office apabila siap dan ditayangkan pada awal 2009 nanti.


Sekian t.k.

"SYIRIK" PENGALAMAN SEBENAR...28 Julai 2008 : Harian Metro(Oleh Mohd Nasif Badruddin)

Salam Sejahtera...

MESKIPUN filem pertamanya Pensil kurang mendapat sambutan penonton namun produksi Genius Parade Sdn Bhd (GPSB) tidak mengambil masa lama untuk menerbitkan filem kedua mereka, Syirik.

Di saat produser tanah air berlumba-lumba menghasilkan filem yang boleh mencatat pecah panggung dengan mempertaruhkan cerita ringan dan menampilkan muka komersial, GPSB mengambil sikap berani dengan menongkah arus menghasilkan filem moral dan mengetengahkan muka baru sebagai tonggak utama.Penerbit GPSB, Surenthar Murugaya, berkata kegagalan Pensil tidak menjadi penghalang buatnya terus menghasilkan filem bermoral untuk tatapan masyarakat biarpun berdepan pelbagai sindiran negatif.“Kami tidak mahu nama GPSB tenggelam apabila me ngambil masa yang agak lama untuk menghasilkan filem seterusnya. Sementara nama kami masih 'panas' dan meniti di bibir peminat seni tanah air, kami perlu pantas mengambil peluang ini untuk menerbitkan filem kedua, Syirik.“Setakat ini kami hanya menggunakan modal sendiri dan tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak, tetapi sekiranya ada pihak minat bekerjasama kami me ngalu-alukannya.

“Filem pertama kami, Pensil banyak menerima kritikan terutamanya dari segi pemasaran dan promosi. Untuk kali ini, kami sudah mendapat formulanya dan tahu bagaimana memasarkannya dengan cara yang lebih sistematik dan agresif,” katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Syirik di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang baru-baru ini.
Pengarahnya, M Subash pula berkata, filem ini akan me maparkan teknik penggambaran yang berbeza buat pertama kali di Malaysia. Justeru dia 'takut' mendedahkan teknik ini terlalu awal bimbang akan ditiru produser dan pengarah lain.“Cerita yang dihasilkan berdasarkan kisah benar yang terjadi pada keluarga saya sendiri di mana ibu saya meninggal dalam keadaan misteri apabila ada kesan calar di mukanya tanpa sebab yang munasabah. Hal ini ada kaitan dengan pekerjaan bapa saya sebagai bomoh.


“Untuk mewujudkan keunikan dalam cerita ini saya akan tonjolkan elemen misteri dan syirik dari sudut pandangan masyarakat India dan Melayu. Bagi mengelak kontroversi, saya akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),” katanya.Bukan omongan kosong apabila berani mengatakan filem arahannya kali ini akan mencatat kutipan pecah pangung, Subash berkata, dia kini sudah ada formula untuk menarik pelbagai golongan usia dan bangsa menonton filem ini kerana menyelitkan senario sebenar masyarakat termasuk isu semasa seperti tangkal yang digunakan mat rempit dan pelbagai lagi elemen lain.

Mengenai pemilihan pelakon, dia tidak percaya kepada konsep muka komersial yang boleh 'buat duit', sebaliknya mempertaruhkan kepada bakat dan memandang kelebihan dari sudut lain.

Justeru tidak menghairankan apabila ramai muka baru diketengahkan seperti Elly, Ruby, Jeff Omar, Jeffry Jeff, Zaid dan ramai lagi serta pelakon veteran, Ruminah Sidek atau Mak Mah sebagai penasihat lakonan.Penggambaran yang memakan masa 14 hari ini akan bermula pada 25 Ogos depan di Hulu Langat dan Cheras. Filem kedua terbitan Genius Parade Sdn Bhd ini menelan belanja RM400,000 tanpa kos promosi.Filem ini mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini.Wujud di kampung berkenaan seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini supaya kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Malangnya nasihat si nenek tidak diterima oleh golongan ini.Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian pelik berlaku di kampung berkenaan di mana isteri seorang bomoh yang sarat mengandung dibunuh dan bayinya hilang. Susulan daripada kejadian ini, insiden pelik sering berlaku di kampung itu. Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali sebagai pontianak untuk membalas dendam.


Sementara itu pengarah fotografi terkenal, Indra Che Muda dilantik untuk menggambarkan filem ini. Dalam nada merendah diri, Indra yang mula terbabit di arena belakang tabir sejak 1979 berkata, dia bersedia berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada padanya kerana filem Syirik ini hadir dalam bentuk berbeza dan lain daripada konsep kebanyakan filem sebelum ini.“Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menghasilkan filem terbaik. Banyak orang yang mem buat filem sebelum ini tidak tahu formula untuk meng hasilkan filem bermutu dan mencapai kutipan pecah panggung, jadi dengan gandingan mantap dalam Syirik, kami akan berusaha mencapai kedua-duanya sekali gus,” katanya.


Sekian...

GUA.COM...11 JUN 2008(by Syaliza Shapiansuri)



Salam Sejahtera...

Rating:9/10

Filem: Pensil

Pelakon:M. Subash, Ruminah Sidek, Maimon Mutalib, Khatijah Tan dan Jalil Hamid

Genre:Drama kemanusiaan

Ulasan:
Melihat kepada tajuk dan nama pengarah (M Subash), mungkin ramai tidak mahu menonton filem ini kerana tajuk serta pengarahnya tidak berkongsi‘nilai’ komersil. Namun beralih kepada barisan pelakon, sedikit sebanyak ianya dapat menarik minat pengunjung panggung untuk menonton filem ini.

Walau bagaimanapun, itu belum cukup membuat penonton mahu membelanjakan RM10 untuk menonton filem ini. Trend pengunjung panggung yang rata-rata berumur antara 15 ke awal 40-an, barisan pelakon serta nama pengarah disamping tajuk filem yang ‘catchy’ memainkan peranan penting.






Pujian harus diberikan kepada pengarah serta penerbit filem ‘Pensil’ kerana berani membawa perubahan kepada industri filem tempatan walaupun tahu persaingan hebat di luar sana. Bukan nama pengarah atau barisan pelakon popular yang dipertaruhkan, sebaliknya jalan cerita yang cukup baik, membuatkan filem ini sangat bernilai walaupun tanpa kos yang tinggi.

Menonton filem ‘Pensil’ cukup menginsafkan. Kisah bagaimana seorang anak cacat yang tidak diterima ibu tiri tetapi masih menyayanginya sepenuh hati. Filem ini cukup ‘dewasa’ untuk berada di kalangan filem tempatan lain walaupun ini filem pertama M. Subash.

Tema kemanusiaan begitu menyentuh perasaan sehinggakan sepanjang tempoh 110 minit tayangannya mata sentiasa digenangi air. Simpati teramat melihat penderitaan Badrul, anak cacat fizikal yang dijaga ibu tiri dan pensel menjadi medium meluahkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Ibu kandung Badrul berketurunan India, membunuh diri sebaik melahirkannya. Hubungan sulitnya bersama bapa Badrul yang telah beristeri merumitkan keadaan. Sementelah keluarga ibu kandung Badrul yang tidak dapat menerima hakikat anak mereka mengandung anak luar nikah bersama lelaki Melayu, kelahiran Badrul dilihat sebagai pembawa sial.

Mungkin kerana rasa bersalah, bapa Badrul menjaganya dengan bantuan isteri (Maimon Mutalib) walaupun dalam keadaan terpaksa. Kematian bapa Badrul yang dilanggar lori ketika ingin membelikan ubat demam anaknya menjadi dendam kesumat kepada ibu tirinya.

Bermulalah episod duka dalam diri anak cacat ini. Ibu tiri yang diharap dapat menjaga anugerah Tuhan ini sebaliknya mengabaikan tanggung jawab seorang insan serta hambaNya.

Jiwa cukup tersentuh ketika adegan Badrul memberikan sepasang baju kurung kepada ibu tirinya sebagai hadiah hari jadi dan menulis nota ringkas ‘Sayang Ibu’ dan meletakkannya bersebelahan si ibu yang sedang tidur.
Apakah balasan si ibu kepada anak tirinya yang cacat fizikal itu? Sepinggan nasi berlaukkan sebiji kacang botol dan berkuahkan air kosong. Namun si anak tetap menjamahnya dengan penuh berselera.

Dalam filem ini, Ruminah Sidek diberi tanggung jawab besar sebagai pelakon utama yang membawakan watak Mak Nek, seorang nenek yang tidak pernah jemu melayan karenah anak cacat seperti Badrul. Mak Nek menjadi tempat Badrul meluah perasaannya. Walaupun butir bicaranya tidak dapat difahami namun Mak Nek tetap menyayanginya sepenuh hati.

M. Subash sebagai pengarah serta pelakon utama berjaya mengimbangi plot agar penonton tidak terlalu emosi. Jenaka yang dibawa dalam filem ini cukup sempurna agar kesedihan penonton terhadap Badrul dapat diubati dengan aksi bersahaja oleh Ruminah Sidek, Khatijah Tan, Jalil Hamid mahupun M. Subash sendiri.

Sekian...

PENSIL JADI PEMBAKAR SEMANGAT GENIUS PARADE...09 September 2008 : Berita Harian(Oleh Nurulhisham Abdul Latiff)


Salam Sejahtera...


Subash mengagumi Islam dan budaya Melayu kerana memiliki ciri-ciri unik dan mudah. SIAPA sangka hasil karya yang kosnya kira-kira RM400,000 akhirnya meninggalkan kesan agak mendalam apabila filem Pensil arahan M Subash berjaya menempatkan diri pada kedudukan lima calon Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-21, Ogos lalu. Tidak memenangi kategori utama itu setelah tewas di tangan Kala Malam Bulan Mengambang, tetapi Pensil yang menyaksikan dirinya memainkan peranan utama tetap pulang dengan dua kejayaan, iaitu menerusi Ruminah Sidek sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik selain sebuah lagi trofi untuk Hadiah Khas Juri.


Tentunya ia satu pencapaian membanggakan buat Subash atau nama sebenarnya Subash A/L Manokaran, pemuda keturunan India yang pertama kali bergelar pengarah filem. Beberapa tahun sebelum itu, dia pernah mengarahkan Pensil dalam bentuk telefilem berbahasa Tamil, untuk disiarkan di Astro. Tanpa pendidikan formal dalam pengarahan dan perfileman, namun minat mendalam terhadap dunia itu, serta keinginannya yang membara untuk mempersembahkan sebuah karya yang mengangkat nilai murni masyarakat tempatan (Melayu terutamanya), memberikan kesudahan agak cemerlang buat jejaka berkenaan. "Memang saya tidak ada pengalaman dalam bidang perfileman. Semuanya bermula apabila saya cuba menyahut cabaran ibu, yang sebenarnya mahu saya menjadi seorang penari sepertinya. Selain menari, ibu saya juga pernah menyanyi dan bermain muzik sewaktu hayatnya.


"Jadi, semuanya bermula hasil galakan yang diberikan oleh ibu. Dia mendedahkan saya kepada seni sejak sekian lama. Hati saya benar-benar tersentuh setiap kali melihat dia memainkan alat muzik. Ia membawa saya kepada mempelajari tarian klasik," cerita Subash bagaimana dia mula menjejakkan kaki ke persada seni. Dengan niat membawa langkahnya ke depan, pelbagai pertandingan tarian disertai pemuda ramah ini. Dia juga pernah bekerja sebagai jurujual komputer. Ketika yang sama, dia tidak lelah mendaki tangga pejabat syarikat produksi India tempatan untuk memohon diberikan ruang dalam penerbitan mereka. Namun, rezeki tidak menyebelahi Subash. Tidak berputus asa, impiannya untuk menceburi dunia perfileman jauh daripada pudar. Sedikit demi sedikit dia mengumpul wang dengan berkerja sebagai tutor. Kemudian dia menyambung pengajiannya dalam bidang pengurusan di Universiti Malaya. Selepas itu sinar mula menjelma apabila dia menyertai pusat tuisyen milik Surenthar.


"Terima kasih kepada Tuhan kerana menemukan saya dengan Surenthar. Dialah orang yang menyedari minat mendalam saya terhadap dunia perfileman. Dengan bantuan kewangan darinya, saya mampu menghasilkan filem yang tidak seberapa itu, tetapi cukup besar maknanya," ujar Subash yang kini sibuk menyiapkan sebuah lagi filem, kali ini diberi judul Syirik pula. Suka tonjol masyarakat Melayu MELIHAT kepada hasil pertamanya, Pensil, Subash kuat sekali menonjolkan budaya orang Melayu dalam percubaan pertama. Elemen nilai murni masyarakat itu serta unsur Islam jelas diketengahkan olehnya dalam filem yang turut dibintangi Jalil Hamid, Khatijah Tan dan Maimon Mutalib berkenaan. Filem Syirik pula yang memulakan penggambaran pada 25 Ogos lalu, sekali lagi mengutarakan latar sosial serupa, walaupun dalam genre berbeza. "Saya sukakan cara hidup masyarakat Melayu. Apatah lagi kehidupan mereka berpaksi pada kepercayaan kepada satu Tuhan. Di situ saja, kita boleh lihat betapa ia tidak bercelaru seperti sebahagian masyarakat lain. Ditambah pula dengan nilai murni yang ada pada mereka, saya berasakan masyarakat Melayu cukup unik untuk dipaparkan. “Pada ketika yang sama, saya bimbang nilai itu akan terhakis dengan kemasukan budaya Barat yang semakin ketara. Justeru, menerusi filem saya, diharap orang ramai akan menghargai nilai murni yang semakin hilang. Banyak sekali nilai baik yang boleh dijadikan contoh teladan. Lagipun, hanya di Malaysia wujudnya nilai masyarakat Melayu sedemikian," katanya. Dia bercita-cita menghasilkan filem yang bukan sekadar memberikan pedoman, sebaliknya mampu memimpin masyarakat ke arah perpaduan.


Itu boleh dicapai menerusi nilai murni yang wujud dalam masyarakat tempatan. Filemnya yang akan datang, Jom C.I.U.M, bakal dihasilkan dengan matlamat menyatukan masyarakat berbagai-bagai bangsa di negara kita. "Jadi, untuk apa kita hasilkan filem yang sama kandungannya dengan filem Barat? Lebih baik kita paparkan saja sesuatu yang mereka tidak miliki seperti nilai murni ini. Lebih-lebih lagi, penonton akan membandingkan karya kita dengan filem dari Hollywood atau sebagainya, sekiranya kita menghasilkan sesuatu judul dengan acuan lebih kurang serupa. Tentunya, kita takkan setanding dibandingkan dengan mereka," katanya sambil memberikan contoh, Indonesia juga sudah mula menerbitkan filem dengan nilai tempatan seperti Ayat-Ayat Cinta. Islam sebagai tunjang cerita FILEM Pensil dan Syirik, kedua-duanya mengetengahkan Islam sebagai elemen penting dalam penceritaan. Dalam Pensil, penonton dapat saksikan lelaki itu memegang watak pemuda Islam yang sentiasa mencari keredaan Yang Maha Esa, walaupun dia tidak sempurna sebagaimana insan lain di sekelilingnya. Lalu, tertanya-tanya juga di hati, apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan jejaka kelahiran Terengganu ini menerusi penonjolan Islam itu sendiri dalam karyanya? “Saya menyintai Islam. Saya banyak mempelajari mengenai agama ini daripada kawan-kawan Melayu. Tapi saya masih memerlukan waktu untuk terus mendalami kepercayaan ini, sebelum saya sendiri akhirnya memeluk Islam. "Saya tidak mahu memeluk Islam selagi saya berasakan ilmu di dada saya belum cukup.


Sekali saya menganut Islam, ia akan menjadi agama saya buat selama-lamanya. Jadi, sebelum masa itu tiba, biarlah saya belajar lebih banyak lagi mengenai agama ini, untuk kebaikan saya juga," katanya mendedahkan keadaan sebenar. Kata Subash, Islam ialah agama yang unik kerana ajarannya mudah. Keunikan itulah yang memikat hatinya untuk mendekati agama suci ini. Kerana itu juga dia menonjolkan Islam dalam filemnya. "Semoga, dengan usaha begini, masyarakat mendapat pendedahan sebenar terhadap agama Islam. Bukannya kita tidak tahu, orang di Barat bimbang jika negara yang masih mempunyai kekuatan dari segi agama bersatu. Sekiranya negara itu bersatu, mereka juga yang akan jatuh sudahnya," ujar Subash yang berasakan dirinya mempunyai tanggungjawab untuk menonjolkan kebaikan yang ada pada agama berkenaan.


Sekian...

Wednesday, September 24, 2008

SUBASH BUANG KETAKUTAN...28 Ogos 2008 : Kosmo(Oleh JESSABELL SOO)



Malah semasa filem ini baru sahaja selesai ditayangkan di pawagam, pengarah ini memberanikan diri untuk membikin filem keduanya, Syirik.
Keberaniannya bukan sahaja tertakluk kepada kesungguhan dia untuk terus mencuba tetapi juga mesej cerita yang mahu disampaikan.
Memilih skop yang berunsur keagamaan, M. Subash sendiri juga akui keputusan itu amat berani.
Namun, dia yang mahu membawa filem Malaysia ke satu dimensi baru yang lebih cerah tidak takut untuk berdepan dengan kegagalan.
Baginya, filem adalah media untuk mengubah pandangan masyarakat. Maka dia mahu menggunakan konsep yang lebih mendekati masyarakat dengan memberi fokus kepada penyaluran mesej penting.
"Saya akui industri kita lebih mementingkan kutipan dan keuntungan. Tetapi filem lucah juga akan mencatatkan keuntungan. Adakah ini bermaksud filem sebegitu bagus?
"Sebelum ini saya juga pernah berjumpa dengan ramai penerbit tetapi semuanya hanya bertanya mengenai kutipan dan bukannya mengenai jalan cerita," kata M.Subash pada sidang media memperkenalkan projek barunya ini.
Sudah memulakan penggambaran pada 25 Ogos lalu di sekitar Hulu Langat dan Cheras, pengarah baru ini tidak mempunyai latar belakang mengenai ilmu perfileman.

Hanya berbekalkan minat mendalam, dia menceburi dunia baru ini dan turut mahu memberikan peluang kepada pelakon baru yang berbakat.
"Saya tidak mahu pelakon yang hanya boleh membantu saya mengaut keuntungan. Walaupun pelakon yang terlibat tidak komersial tetapi mereka berbakat. Saya mahu dikenali sebagai pengarah berjaya dan bukannya bergantung kepada pelakon," tambahnya yang merupakan seorang guru.
Berbekalkan bajet RM400 000, M.Subash memilih untuk menyampaikan filemnya lebih realiti. Katanya, filem ini akan dibikin berdasarkan pengalaman dirinya sendiri semasa kecil.
"Ibu saya meninggal dengan kesan luka di muka dan doktor sendiri tidak mengetahui puncanya. Sejak kecil ada ahli keluarga saya mengamalkan ilmu bomoh sehingga ibu bapa saya bercerai semasa berusia enam tahun.
"Itulah insiden sebenar yang berlaku dalam keluarga saya dan saya mahu berkongsi dengan penonton," kata M.Subash yang sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Melayu.
Mungkin filem Pensil tidak begitu mendapat sambutan kerana bersifat lebih artistik, Syirik pula dilihat bakal pecah panggung kerana judulnya pelik dan teknik rakamannya juga yang berlainan.
Percubaan cara rakaman ini adalah yang pertama di Malaysia untuk menawarkan filem seram berlainan konsep yang kurang menggunakan bantuan tripod.
"Kami akan gabungkan teknik seperti dalam filem Cloverfield tetapi lebih sederhana supaya penonton tidak pening. Apa yang pasti teknik sebegini masih belum pernah dicuba di Malaysia," jelasnya lagi mengenai filem yang dianggarkan akan menggunakan masa 14 hari untuk penggambaran.
Antara pelakon yang terlibat adalah Elly, Ruby, Jeff Omar, Jeffry Jeff dan Ruminah Sidek.

SYIRIK KISAH BENAR M. SUBASH...28 Julai 2008 : Utusan Malaysia(Oleh ABD. AZIZ ITAR)

Salam Sejahtera...


Kebanyakan kisah seram yang dipaparkan menerusi layar perak merupakan garapan idea, rekaan dan imaginasi penulis skrip. Ia kadangkala adalah adunan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman orang lain. Namun tidak bagi pengarah muda M.Subash yang memaparkan pengalaman seram yang pernah dilaluinya semasa kecil menerusi filem terbaru arahannya yang berjudul ‘SYIRIK'.
Filem ‘SYIRIK’ terbitan Genius Parade Sdn Bhd yang melibatkan kos pembikinan berjumlah RM400,000.00 turut diperkuatkan dengan barisan pelakon pendatang baru seperti Elly, Ruby, Jeff Omar, Jeffry Jeff dan Zaid.
Majlis pelancaran filem ‘SYIRIK’ telah diadakan di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS pada 22 Julai lalu dan dijangka akan memulakan pengambarannya mulai 25 Ogos ini di sekitar Batu 21, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dan Cheras.


Dalam sesi temuramah mereka berkata:


Mr. Subash (Pengarah)
‘Tujuan saya membuat filem kedua saya ini demi untuk melihat kemajuan didalam filem tempatan dan tidak mementingkan pungutan untuk menghasilkan sebuah filem yang baik. Saya tidak perlu untuk menghasilkan satu filem yang kurang bermoral demi ingin mengutip kutipan yang tinggi. Bagi saya filem merupakan pendekatan untuk mengubah masyarakat dan pemikiran mereka dalam mengangkat nilai moral yang kian terjejas di Negara kita ini.’
‘Idea filem ini timbul dari hasil kesan realiti kisah hidup saya dimana bapa yang mengamal cara hidup yang bercanggah dimana diri saya dijadikan sebagai umpan pada benda yang dia sembah itu. Filem ini juga menyentuh kisah kepercayaan manusia terhadap kewujudan Syirik itu sendiri. Mesej yang cuba disampaikan ialah untuk mengajak golongan muda yang sekarang banyak terbukti kian terpesong dan bakal sesat jika tidak kembali ke ajaran yang benar.’

Mr. Surenthar (Penerbit)
‘Filem pensil dihasilkan dengan bermotifkan sifat kemasyarakatan dan artistik manakala filem SYIRIK ini pula bermotifkan cara seseorang itu mengatasi emosi dalam situasi seram. Sudah tiba masanya kita menunjukkan kelainan bahawa orang-orang timur mampu menghasilkan filem-filem yang bagus serta menunjukkan nilai-nilai moral tinggi di dalam visual. Filem ini akan menjalankan penggambaran selama 14 hari di sekitar kawasan lokasi utama Hulu Langat.’

‘Penasihat filem ini dari segi teknikal akan dilakukan oleh Indra Che muda manakala penasihat segi lakonan akan dilakukan oleh Mak Mah (Ruminah Sidek). Kami akan cuba menyampaikan mesej yang kuat melalui penggambaran yang lebih menarik.’

Indra Che Muda (Pengarah Fotografi)
‘Saya berterima kasih kepada Mr. Suren dan Mr. Subash kerana memberi peluang ini kepada saya. Bagi saya, ramai lagi yang lebih layak berbanding saya terutama pada mereka yang lebih banyak pengalaman dalam bidang ini. Fungsi saya sebagai penasihat adalah lebih kepada teknik penggunaan kamera serta pencahayaan untuk menaikkan mood yang cuba dihasilkan. Saya mengharapkan supaya pihak media dapat memberi sokongan pada filem yang berunsur moral kemasyarakatan ini.

Tuesday, September 23, 2008

Pembakar Semangat GENIUS PARADE!

Salam Sejahtera...



THE STAR, memberi 4 bintang bagi filem PENSIL...

Genius Parade, tidak berputus asa, walaupun menerima kutipan yang kurang menggalakkan bagi PENSIL. Selepas Pensil, geniusparade telah menganjak ke Syirik dan sekarang JOMLAH C.I.U.M pula... Apakah yang mendorong geniusparade dan penerbitnya untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem? Adakah Penerbitnya tidak mengenal erti putus asa? atau Penerbitnya tidak waras dalam membuat pilihan?



SURENTHAR, penerbit geniusparade berkata-



Bagi saya, filem adalah medan bertemunya "seni dan perniagaan"(art meets bussiness). Saya akan berada dalam kategori kurang siuman jika saya membelanjakan RMberjuta-juta untuk projek-projek pertama saya... Seperti yang dilakukan oleh banyak produser "baru" semasa mereka melangkah masuk ke dunia perfileman Malaysia... Jadi, saya mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghasilkan filem pertama saya iaitu PENSIL...

Dan sekali lagi saya ingin tekankan di sini...Pensil dibuat untuk masyarakat. Dan motif utama geniusparade adalah untuk festival dan mendapat pengiktirafan bagi filem tersebut, dan sedikit sebanyak motif itu tercapai di FFM-21. Dimana, PENSIL dicalonkan dalam 7 katogeri + 1 kategori anugerah khas.

  1. Pelakon Lelaki Harapan- M.Subash
  2. Pengarah Harapan- M.Subash
  3. Poster Terbaik- Surenthar
  4. Lagu Tema Asal Terbaik- M.Subash
  5. Cerita Asal Terbaik- M.Subash
  6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik- Ruminah Sidek (menang)
  7. Filem Terbaik- Surenthar
  8. Anugerah Khas Juri- M.Subash (menang)
Dan inilah yang mendorong saya membuat lebih banyak filem. Ini baru filem pertama, saya ada banyak lagi skrip yang belum saya keluarkan dari koleksi. Saya berfikiran positif bahawa skrip-skrip yang akan datang, lebih mencabar dan menarik!

Satu lagi perkara yang saya tidak puasa hati adalah, ada segelintir pembikin filem mengatakan produksi saya adalah produksi murahan... Saya ingin menjelaskan di sini, bahawa, sistem bayaran saya tak berubah walaupun durasi penggambaran disingkatkan. Jika saya dapat menghabiskan filem dalam 6 hari(Pensil) dan 4 hari(Syirik), itu adalah kreativiti pengarah saya dan cara beliau mengatur perancangan penggambaran. Bukan, jika saya shoot filem pada masa yang singkat maknanya saya bayar pun murah! Jika pihak media tidak percaya boleh tanya mana-mana pihak yang bekerja dengan saya seperti pelakon, krew, d.o.p dan lain-lain...ADAKAH SAYA BAYAR MEREKA MURAH! Jika mereka kata ya... sila berjumpa saya di pejabat, saya ada payment voucher yang mereka tanda tangan.

Sekian terima kasih...

Sunday, September 21, 2008

PENSIL DVD & VCD is in the market...


Salam sejahtera...




DVD "Pensil" telah pun ada di pasaran. Kepada peminat filem tanah air yang tidak sempat menonton filem Pensil, jangan lupa beli DVD ORIGINAL PENSIL... T.k..


geniusparade