Saturday, February 21, 2009

BERSEMANGAT BUAT FILEM...19 Februari 2009 : Harian Metro(Oleh Elrafaei Sapi)

Salam sejahtera...

Bagi pengarah baru, M Subash yang pernah menghasilkan filem pertama, Pensil, tahun lalu menyatakan dia tidak mempunyai masalah menantikan tayangan tiga filem barunya, Syirik, Jomlah Cium dan Mannan yang dijangka menemui penonton tahun ini. Katanya, dia bukan berniat menghasilkan filem untuk meraih keuntungan, sebaliknya lebih menumpukan aspek penyampaian mesej positif pada penonton.

"Saya mahu filem baru saya mempunyai kelainan dan tidak kisah jika kutipan tiket diterima cuma sedikit. Saya gembira andai penonton suka filem saya dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

"Buat masa ini, Syirik sudah mendapat tarikh tayangan iaitu 4 Jun nanti. Menariknya, filem ini mengisahkan pelajar perfileman mati dibunuh dan rohnya kembali membalas dendam. Berbeza dengan Jomlah Cium iaitu singkatan cari idea untuk Malaysia (cium), filem ini pula membawa perhubungan antara saya sebagai sami Buddha bersama penganut Kristian dan ustaz membantu satu sama lain melaksanakan kebajikan membina masjid.

"Mannan pula membawa pengalaman sebenar saya melihat cahaya terang dari sebuah masjid sehingga ia mendekatkan diri saya pada Islam. Sungguhpun banyak filem baru bersaing tahun ini tetapi saya berharap kualiti filem kita meningkat hingga mampu dibawa ke festival luar negara.

"Matlamat saya membuat filem ingin mengangkat nilai masyarakat negara ini dengan penyampaian mesej yang dapat mendidik penonton pelbagai bangsa dan agama supaya mampu bersatu,

geniusparade

0 P.O.V: