Sunday, June 28, 2009

'Jomlah C.I.U.M' Mencari Identiti Malaysia...by Syaliza Shapiansuri

Selepas mengarah dua filem, ‘Pensil’ dan ‘Syirik’, pengarah baru yang mula menempatkan nama dalam dunia perfileman tempatan, Mannan Subash Abdullah atau M Subash tampil dengan filem barunya, ‘Jomlah C.I.U.M’ yang membawa mesej perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas filem pertamanya, ‘Pensil’ gagal menarik peminat panggung datang menonton, Subash tidak pernah merasa kecewa malah terus ligat menghasilkan dua filem sekaligus dalam tempoh tidak sampai setahun.

‘Jomlah C.I.U.M’ membawa maksud ‘Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia’ mengandungi nilai-nilai keagamaan dan kemasyarakatan yang begitu tinggi diadun Subash melalui penilaiannya terhadap budaya serta cara hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Melalui pemerhatian saya, Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai keunikan tersendiri. Kemasyarakatan serta keagamaan begitu tinggi nilainya, jika tidak masakan kita dapat hidup dalam sebuah negara dengan pelbagai kaum dan kepercayaan,” katanya ketika majlis pra-tonton filem itu di Finas.



Bersama M Surenthar, rakan dan pemilik Genius Parade Sdn Bhd (GPSB), syarikat yang menerbitkan kesemua filem arahannya, baik Subash atau Surenthar, percaya air tangan mereka akan mendapat tempat di kalangan penonton sinema tempatan.

“GPSB percaya, penerbitan filem bukan sekadar meraih keuntungan, sebaliknya kami lebih gembira andai mesej yang dipaparkan memberi kesan kepada penonton,” kata Surenthar.

Pendapat Surenthar itu disokong kuat Subash yang terus mengarahkan filem-filem bercorak kemanusiaan pada masa akan datang. Malah lelaki berketurunan India ini tidak pernah kecewa andai pilihannya itu membuatkan dia kurang popular di kalangan peminat filem arus perdana.

“Sekiranya tiada siapa yang berani mengetengahkan filem-filem bercorak begini, satu hari nanti tidak ada lagi penonton yang akan menghargai mutu filem-filem kemanusiaan. Paling menakutkan saya apabila penonton layar lebar pada masa akan datang hanya akan berminat dengan filem-filem komersil,” tambah Subash.



Filem ini, mengisahkan seorang ustaz cacat penglihatan yang ingin membina surau untuk kegunaan penduduk setempat beribadat dan menuntut ilmu agama. Hasrat ustaz itu mendapat perhatian seorang sami yang sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan membuat amal. Dalam masa sama, seorang rahib turut memberi sumbangan dalam memastikan impian ustaz itu terlaksana.

Selaku pengarah ‘Jomlah C.I.U.M’, Subash mempunyai harapan tinggi agar filem ketiganya itu bakal mendapat tempat di festival filem dalam dan luar negara. Tidak mensasarkan penonton arus perdana, filem ini hanya akan ditayangkan di panggung antarabangsa di empat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) sekitar Lembah Klang, bermula 23 Julai ini.

Sejak pertama kali mengarahkan filem, pemilihan pelakon kurang popular menjadi trend M Subash kerana dia mempunyai prinsip setiap pelakon mempunyai bakat lakonannya tersendiri. Jadi tidak hairanlah andai ‘Jomlah C.I.U.M’ banyak dibintangi pelakon baru.

Pertama kali berlakon
Bagi pelakon utama ‘Jomlah C.I.UM’, Ibrahim Mat Isa, dia sedikitpun tidak kekok ketika melakonkan watak ustaz buta kerana setiap dialog yang dituturkan adalah perbualan hariannya.

“Mannan (Subash) datang memberitahu hasratnya dan minta kerjasama daripada saya. Awalnya saya menolak kerana memikirkan kesukaran membaca skrip. Apabila Mannan memberitahu tiada skrip diperlukan dan saya hanya perlu bercakap seperti biasa, barulah saya menerima tawarannya,” kata Ibrahim yang kini menjadi tukang urut di sekitar Kajang.



Bagi Wahi Aziz, seorang wartawan, peluang bekerja bersama Subash dianggapnya sebagai peluang untuk mengenali lelaki yang dikenali melalui filem ‘Pensil’ itu.

“Sebagai wartawan, selama ini saya hanya melihat dari sudut seorang penonton bagaimana sesebuah filem dipersembahkan. Apabila Subash memberi peluang untuk berlakon dalam filem ini, saya menganggapnya sebagai peluang untuk merasai sendiri kerja-kerja perfileman,” katanya yang memegang watak penagih dadah yang kemudiannya menjadi anak angkat ustaz.




‘Jomlah C.I.U.M’ mempunyai idea menarik untuk diketengahkan, walau bagaimanapun ada beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan sepatutnya Subash lebih peka sejak awal.

Perjalanan filem ini boleh dikatakan membosankan apabila terlalu banyak babak panjang dan meleret. Olahan skrip juga sangat lemah apabila percanggahan dialog antara penagih dadah dan neneknya begitu ketara serta dialog beberapa pelakonnya yang tidak natural.

Selain Ibrahim dan Wahi, ‘Jomlah C.I.U.M’ turut dibintangi Subash, Kenchana Dewi dan pelakon veteran, Maimunah Ahmad.

BUDIEY.COM...tentang filem Jomlah C.I.U.M!

Tidak dapat disangkal bahawa, agama memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian rakyat seluruh dunia. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, adalah moleh jika wujud kerjasama dan kefahaman yang jitu antara penganut pelbagai agama ini.

Menyedari hakikat ini, Jomlah C.I.U.M! adalah singkatan Jomlah Cari Identiti Untuk Malaysia, menyedarkan penonton akan pentingnya perpaduan agama dikalangan rakyat pelbagai bangsa untuk menelurkan sebuah Negara yang bersatu dan mampu dijadikan Negara contoh untuk seluruh dunia.

Filem ini mengisahkan usaha seorang Ustaz untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, Ustaz berpendapat hanya dengan agama, segala masalah social dapat diatasi.

Oleh kerana menghadapi masalah kewangan,m Si-Ustaz bercadang untuk mendapatkan bantuan kewangan dari orang ramai. Ustaz terasa terharu apabila mendapat berita bahawa seorang Sami Buddha dan seorang Paderi Kristian, sanggup menolong Si-Ustaz untuk membina surau tersebut.

Dipercayai filem ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan perpaduan agam untuk mencapai 1 Malaysia…


RENBASH ENTERTAINMENT

Salam Sejahtera kepada semua...

Kami, M.Subash Abdullah dan Surenthar (RenBash), kini telah menubuhkan sebuah cabang "Event Management", iaitu RenBash Ent. Ia merupakan sebuah syarikat baru di bawah Genius Parade S/B dan akan beroperasi untuk bahagian perkhidmatan, persembahan, makanan, video recording, PA system, still photographing dan sebagainya...

Sila Hubungi RenBash di...
0166298025
0173612725
gpbash@yahoo.com

Sekian Terima Kasih...